in

[Video] Comel! Dua Beranak Gorila ‘Usha’ Ulat Kecil Buat Netizen Geli Hati

Gambar Hiasan 2 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah macam manusia…Itu reaksi netizen apabila melihat kasih sayang seorang bapa dan anak gorila menjadi perhatian selepas video dua beranak itu tular dek kerana ‘tekun’ melihat ulat kecil.

Menurut DailyMail, video tular itu dipercayai dirakam di kandang gorila di Higashiyama Zoo, Nagoya, di selatan Jepun.


Menerusi video itu, Shabani merupakan ‘bapa’ kepada Kiyomasa, juga bagaikan sedang mendorong dan mengajar anaknya itu untuk melihat serangga itu, namun tidak lama selepas itu ulat itu akhirnya ditolak ‘manja’ jatuh ke dalam longkang.

 

Shabani yang dipercayai berumur 23 tahun telah hidup di zoo itu sejak 2007 apabila dia telah dipisahkan dari keluarganya di Taronga Zoo di Sydney, Australia untuk membantu Higashiyama dengan program pembiakan mereka.

Sejak berpindah ke Jepun, Shabani menjadi perhatian kerana ‘ketampanan’ nya dan menjadi punca kenaikan jumlah pengunjung di zoo tersebut.

Selain berasa terhibur, netizen turut memuji sifat Shabani apabila bijak menolak secara ‘manja’  ulat tersebut ke tempat yang lebih selamat dan tidak berhadapan risiko ‘dilenyek’ oleh gorila lain.

2 9

1 12

Comelnya tengok dua beranak ni.. yang bapaknya pun layankan je…

 

Baca: Siap ada MV..Dah macam Gorrilaz! – Suara Persis Yuna, Remaja 14 Tahun Ini Dah Boleh Compose Lagu Sendiri

X 3

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.