Warga tua ini banyak ragamnya, di mana salah satu norma untuk golongan pada usia ini adalah mereka kuat berleter. Namun kalau mereka mula berleter pun, kita akan lebih kepada geli hati berbanding rasa terkesan.
Biasanya kita lihat golongan atuk dan nenek ini berleter dengan anak cucu mereka saja. Namun kali ini, kita dapat saksikan gelagat seorang nenek berborak dengan sebuah mainan kanak-kanak yang boleh mengajuk suara orang lain. Haa.. macam mana pula tu?
Melalui perkongsian dari Tiktok @missnurulfatihah, wanita berumur ini dilihat ralit berleter dengan sebuah mainan berbentuk pokok kaktus yang akan mengulang semula percakapan orang lain.
Menariknya, reaksi nenek ini yang nampak sedikit ‘stress’ melayan mainan tersebut telah mencuit hati ramai pengguna Tiktok hingga video ini tular. Siap nak bawak si kaktus tu pergi balai polis lagi!
Wanita berumur itu turut bertanya soalan-soalan lucu seperti dari mana ‘kaktus’ tersebut datang dan di mana ia belajar bercakap. Alahai, innocent betul nenek ni.
Klip berdurasi dua minit enam saat itu meraih lebih 900 ribu tontonan, mengundang pelbagai komen dari pengguna Tiktok lain. Ramai yang berdekah melihat aksi comel nenek itu yang rajin melayan ‘kaktus’ itu berborak.
Ada juga yang berkongsi pengalaman dengan nenek mereka sendiri dengan medium yang berlainan seperti aplikasi Talking Tom yang pernah popular dulu.
Warga-warga tua ni memang banyak ragam. Sementara masih ada peluang, manfaatkan masa korang dengan mereka ya?
Sumber: Tiktok
Baca: “Adui, sakit mato den” – [VIDEO] Uwan Nak Ajar Cara Pakai Celak Arab Sekali Lain Pula Jadinya