in

“Bekalan daging tak cukup”-Viral Di Twitter Kes Singa Kurus, Kali Ini Zoo Negara Jelaskan Perkara Sebenar

Feature 1 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di Twitter tentang seekor singa di Zoo Negara yang kurus sehingga ramai yang mendakwa haiwan tu mungkin tidak cukup makan. Kesian betul tengok singa tu, kurus sangat. 

Ramai yang menuntut penjelasan dari Zoo Negara sebab perkara ni tak patut berlaku bila mereka dah dapat derma dari orang ramai. Jadi, kali ini pihak zoo negara telah tampil dan ceritakan perkara sebenar yang berlaku.


Zoo 1 2

Rupanya, singa tu kurus sebab ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), diet atau makanan singa telah ditukar dari daging kepada ayam. Katanya, mereka terpaksa tukar sebab bekalan daging berkurangan pada waktu tersebut.

Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan Bernama, @nadiazaman_ menerusi Twitter sebab dia baru je interview Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia, Rosly@Rahmat Ahmat Lana.

Zoo 3 1

Difahamkan, singa yang diberi nama Manja Kani tu sebenarnya tak berapa minat nak makan ayam, sebab tu berat badan dia macam susut.

Zoo 2 1

Manja Kani kini berumur lebih 15 tahun dan ia dikatakan antara yang tertua dalam kalangan singa. Untuk pengetahuan korang, ada hampir 4,000 haiwan di Zoo Negara.

Sepanjang PKP juga, pihak zoo juga telah menerima RM8 juta sumbangan dari orang ramai namun dengan jumlah haiwan yang banyak, tak mustahil juga donation tu tak mampu nak tampung semua perbelanjaan.

Zoo 4 1

So, korang yang ada masa terluang tu boleh lah melawat haiwan-haiwan ni. 

Baca: “Macam ada something wrong” – Netizen Pelik Kenapa Singa Di Zoo Negara Kurus Macam Tak Makan, Sedangkan Ada Derma Dari Orang Ramai 

Zoo 1 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.