in

[Video] Anggota Polis Didakwa Sepak Warga Asing Yang Sedang Tunggu Bas Ke Pusat Kuarantin

Pdrm9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video viral di media sejak petang semalam dilaporkan seorang anggota PDRM melakukan serangan fizikal kepada pekerja kilang warga asing.


Dalam video berdurasi 6 saat itu memperlihatkan salah seorang warga asing ditendang berkali-kali  oleh salah seorang anggota tersebut.

 

Jika benar, satu laporan polis akan dibuat dan siasatan sewajarnya akan dijalankan. Tiada sesiapa dibenarkan mengatasi undang-undang sedia ada.”

Menerusi laman Twitter @My_Crimewatch kejadian iini berlaku di Taman Jasmin, Senawang. Difahamkan ketika kejadian berlaku, pekerja asing sedang beratur menunggu bas ke pusat kuarantin.

Mangsa dikatakan merupakan lelaki warga Myanmar. Menurut Harian Metro semalam, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, beliau dimaklumkan mengenai klip video berkenaan dan siasatan dijalankan bagi mengesahkan jika pelaku merupakan polis tau tidak.

 

Walaubagaimanapun, akibat penularan video singkat itu, ia telah mengundang kemarahan netizen. Rata-rata bengang melihat apabila mereka dikasari, malah ada juga yang ‘husnuzon’ fikir mungkin ada kejadian lain berlaku yang menjadi penyabab anggota tersebut melakukan tindakan sedemikian.

 

Pekerja asing juga manusia – Netizen

Pdrm Pdrm2 Pdrm3 Pdrm4 Pdrm5

Tapi, majoriti marah biarpun ada yang anggap mungkin lelaki yang berpakaian uniform lengkap polis itu ada sebab tersendiri bertindak sedemikian. Apapun, kita tak tahu cerita sebenar, harap PDRM dapat jumpa punca kejadian disitu.

 

Baca : Lelaki Nigeria Tendang Polis Lepas Kena Tahan Kerana Didakwa Mabuk & Pukul Pemilik Restoran

Polis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.