Zaman sekarang ni, tak dinafikan segala benda boleh dilakukan dengan mudah dengan adanya pelbagai aplikasi pada telefon pintar, baik untuk pembayaran bil, pesan makanan, beli belah dan lain-lain. Semuanya boleh dilakukan menggunakan telefon.
Mungkin juga sebab perkembangan dunia teknologi semasa, hari ini boleh dikatakan ramai ibu bapa akan memberikan telefon pintar mereka kepada anak-anak bagi menonton video mahupun bermain game.
Namun, baru-baru ini seorang ibu dikatakan telah memarahi dua orang anaknya sehingga menangis teruk kerana kononnya mereka secara ‘tak sengaja’ telah memesan dan membeli sebuah televisyen 86 inci menggunakan telefon bimbit ibunya tersebut.
???? they ordered that Tv on their mums Phone and account and it came ??? pic.twitter.com/51bFob2O56
— Maliks 14/09/15/21 (@maliks_88) March 25, 2022
Video yang dimuat naik semula di Twitter oleh seorang pengguna berkenaan memang kelihatan dua orang kanak-kanak yang dipercayai sedang menangis sambil menekup muka mereka di hadapan kereta sambil berlatarkan ‘suara’ memohon maaf kerana perbuatan mereka.
Difahamkan, jalan ceritanya adalah kononnya kedua-duanya didapati ‘bersalah’ setelah televisyen jenama LG bersaiz 86 inci yang harganya sekitar 2,300 USD (~RM9712) yang dipesan secara tak sengaja telah dihantar dan semestinya perkara tersebut telah mengundang kemarahan si ibu.
Namun, perkongsian yang asalnya dimuatnaik di TikTok berkenaan telah mengundang kecaman netizen kerana menurut mereka, mustahil si ibu tidak mendapat sebarang notifikasi untuk membenarkan transaksi tersebut.

Tambah mereka, sekiranya itu berlaku, pastinya si ibu, yang dikenali sebagai Julie Pearl Cablayan ini boleh terus membatalkan transaksi dan pesanan berkenaan.
“Semuanya untuk hiburan semata”
Tidak melatah dengan segala kecaman dan tomahan netizen, Julie dengan bersahaja menjawab segala kemuskilan netizen menerusi beberapa siri video pendek di TikTok dan mengakui apa yang dilakukannya hanyalah untuk ‘hiburan’.
@jooleemomi Reply to @kriscan6 okay keep commenting bad comments so I have a content lol… ? #InstaxChallenge ♬ original sound – Julie Pearl Cablayan
Walaupun pada awalnya kedengaran agak ‘jahat’ kerana sanggup memarahi anak gara-gara konten, tapi bila tengok balik secara teliti video berkenaan. Rupa-rupanya, dia hanya menggunakan fungsi ‘sound‘ yang telah dimuatnaik di TikTok dan menurutnya, tiada ‘kejadian’ marah memarahi anaknya yang berlaku.
Namun, kalau kita fikir secara logik, ada mesej yang nak disampaikan disini dan boleh dijadikan pengajaran kepada ibu bapa diluar sana yang gemar memberikan telefon pintar mereka kepada anak-anak kerana mungkin kandungan yang dilakukan oleh Julie ini hanya hiburan, tetapi realitinya masih boleh berlaku sekiranya ibu bapa tak alert dengan kegiatan anak.
Haish, lain macam plot twistnya disini ye…
Baca : “Takde common sense” – [VIDEO] Netizen Geram Gadis Ini Tumpahkan Air Dalam Lif

