in

“Kesiannya dekat gajah tu” – Netizen Kongsi Cara Kejam Latih Gajah di Thailand

Gajah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Thailand, Negeri Gajah Putih adalah syurga untuk setiap pelancong. Pelbagai pilihan untuk pelancong, dari makanan yang sedap, pemandangan yang indah dan aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di menunggang gajah.


Tahukah anda aktiviti menunggang gajah ini mendapat kecaman ramai pihak? Ini semua sebab cara latihan yang diberikan kepada gajah ini sangat kejam. Twitter milik @faizalghazaly berkongsi dengan seluruh netizen bagaimana gajah-gajah disana dilatih untuk patuh arahan. Amaran: Kejam

Screen Shot 2019 04 13 At 5.32.16 Pm
Sumber: twitter

Tak berhati perut

Screen Shot 2019 04 13 At 5.32.47 Pm
Sumber: twitter

Proses untuk menjinakkan gajah ni sangatlah kejam. Anak gajah diculik dari ibu mereka dan didera. Gajah-gajah ini kemudiannya di kurung dalam ‘penjara kayu’ dan kemudian di sepak terajang oleh jurulatih. Bukan setakat tu saja, jurulatih yang tak berhati perut tu juga akan mencucuk-cucuk gajah objek tajam seakan sabit, supaya gajah-gajah tu dengar cakap. Proses kejam ini dipanggil Phajaan

Screen Shot 2019 04 13 At 5.44.57 Pm
Sumber: twitter

Objek diatas digunakan oleh jurulatih ni akan dicucuk kepada kepala gajah berkali-kali sehinggalah gajah itu mendengar kata. Nama objek ini ialah Bullhorn. Cuba korang tengok parut kat kepala gajah ni.

Screen Shot 2019 04 13 At 5.31.05 Pm
Sumber: twitter
Screen Shot 2019 04 13 At 5.30.45 Pm
Sumber: twitter
Screen Shot 2019 04 13 At 5.31.22 Pm
Sumber: twitter

Macam ni punya kejam pun korang masih nak naik gajah lagi? Tak kesian ke dekat gajah-gajah tu?

Kesiannya gajah-gajah tu

Screen Shot 2019 04 13 At 5.35.52 PmBila dah duit mengaburi mata, sifat kasihan dan berhati perut memang letak tepi lah. 
Screen Shot 2019 04 13 At 5.36.43 Pm

Betul juga tu, ada juga segelintir kita yang akan upload dekat IG story. Tapi pada masa yang sama kesian dekat gajah-gajah tu. Kononnya naik gajah tu pengalaman sekali seumur hidup.Screen Shot 2019 04 13 At 5.37.16 PmKita boleh tolong dengan cara sebarkan kekejaman yang berlaku ni. Biar semua orang tahu, biar lingkup bisnes diaorang yang tak berhati perut ni. 

 

Jadi, marilah kita sama-sama boikot aktiviti pelancongan yang kejam ini. Takkan kita sanggup tengok binatang lain sengsara untuk keseronokkan kita yang sekejap tu. Fikir-fikirkanlah. 

 

Baca : “Naik darat ingat nak bertelur tapi..” – Netizen Antarabangsa Simpati Dengan Nasib Penyu Ini

Penyu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.