in

[VIDEO] Anak Datang Mengadu Waktu Live, Cara Ustaz Ini Layan Kerenah Anak Dipuji

Cats 84

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan kes positif Covid-19 dekat Malaysia makin hari makin banyak, ramai disarankan untuk untuk bekerja dari rumah sahaja bagi memutuskan rangkaian wabak ini khususnya di tempat kerja. Tapi, ada cabaran juga kalau kerja dari rumah ini. Lagi-lagi siapa yang ada anak kecil dekat rumah, sudah pasti kena melayan kerenah mereka juga sambil bekerja.


Situasi ini turut dirasai oleh seorang pengacara forum yang sedang bekerja dari rumahnya.

 

Tiba-tiba muncul dari belakang

Baru-baru ini, aksi seorang pengacara forum popular di TV1 yang dikenali sebagai Ustaz Hariri Daud telah mencuri perhatian ramai ketika dia sedang membuat live.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Tiktok oleh Ustaz Hariri Daud semalam sehingga mendapat hampir 500 ribu tontonan, video tersebut menunjukkan Ustaz Hariri sedang mengulas intipati sebuah buku. Tapi, tiba-tiba muncul anak perempuannya bernama Syifa dari belakang sambil angkat kerusi dan duduk di sebelah bapanya.

@hariridaud

Time orang live la, diorang datang kacau ?

♬ original sound – Ustaz Hariri Daud – Ustaz Hariri Daud

 

Sabar layan kerenah anak

Menyedari kelibat anaknya itu, Ustaz Hariri menghabiskan dahulu percakapannya sebelum mengalihkan perhatian sebentar kepada anak kesayangannya itu.

“Ada iklan aduan rakyat kejap.”

Rupa-rupanya, Syifa nak mengadu dekat ayah dia yang adiknya suka mengganggu. Selepas selesai mendengar aduan anaknya, Ustaz Hariri meminta maaf kepada semua penonton sebab ada ‘iklan’ sebentar. Nasib baik ustaz tu pun sabar je. Kalau ayah kita ni mesti dah terbeliakkan mata  suruh kita keluar.

Fgdf

 

Sikap ustaz terima pujian

Rata-rata netizen terhibur bila tengok gelagat 2 beranak ini. Ada juga yang puji sikap Ustaz Hariri yang sabar melayan kerenah anaknya dengan lemah-lembut di hadapan ribuan penonton ketika masih dalam live.

Photo6152052232590306555

Photo6152052232590306554

Kerja dari rumah ni ada banyak juga cabaran. Tiba-tiba anak melalak la, suami suruh goreng nugget sebab lapar la… sabar jela.

 

Sumber: Ustaz Hariri Daud

Baca:”Diorang ni macam baru bercinta”- Syukri Yahaya Puji Isteri Masa IG Live, Sampai Merah Muka Tya

Jh

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.