fbpx
in

[VIDEO] 5 Lelaki Ditahan Bakar Mercun Tepi Plaza Tol Sebab Nak Sambut Birthday ‘Big Brother’

Ft Kena Tahan Sambut Virthday

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video viral di media sosial sejak semalam apabila ada 5 individu meraikan sambutan hari jadi di tepi Tol Plaza Setia Alam.


Ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan ekoran dengan penularan video tersebut Ketua Polis Balai Setia Alam sendiri telah membuat aduan.

 

Big Brother Birthday Celebration

Meneri Astro Awani, difahamkan,kejadian ini berlaku pada 14 Mei lepas sekitar jam 8 malam. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata 5 individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti ini telah ditahan.

“Pada 16 Mei jam kira-kira 12 tengah hari, pengadu yang merupakan Ketua Polis Balai Setia Alam menyedari terdapat satu rakaman video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ di laman sosial yang telah dimuat naik oleh pemilik @Yogen212.”

“Video itu menunjukkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berhampiran Plaza tol Setia Alam, bagi meraikan hari lahir salah seorang rakan yang dikenali dengan nama panggilan ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi tol berkenaan untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang lain.”

Tambah beliau, kertas siasatan telah dibuka dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelima-lima suspek itu telah ditahan sekitar jam 12 tengah hari semalam di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Shah Alam hasil soal siasat dan pengecaman video yang tular tersebut.

Baca : “Xjd bakar lemang, anak bakor kete dulu” – Padah Tak Pantau Anak Main Mercun, Habis Kereta Ayah Rentung

Fi Mercun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top