Siapa yang tak kenal dengan pelawak dari Indonesia yang semakin meningkat naik di Malaysia iaitu Vicha atau nama penuhnya Refika Novianti Faturohman kan?
Kini Vicha mengakui bahawa dirinya sudah berkahwin sekali lagi. Lebih mengejutkan bahawa dia sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Nigeria sejak tiga tahun yang lalu.
Menurut Harian Metro, Vicha juga telah dikurniakan seorang anak lelaki berusia dua tahun hasil dari perkahwinannya dengan lelaki yang dikenali sebagai Johnson dan diberi nama Michael Trevor Ayomid.
https://www.instagram.com/p/CYN8BktJUB2/
Saat ditanya bagaimana boleh mengenali Johnson, Vicha memberitahu bahawa mereka mula berkenalan selepas sama-sama menghadiri majlis perkahwinan kenalan mereka dan mula berhubung sejak dari itu.
“Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan dengan jejaka berbangsa Melayu dan Cina, saya akhirnya nekad mendirikan rumah tangga dengan Johnson pada Ogos 2018” – Vicha
Rupa-rupanya mereka sudah berkenalan selama tujuh tahun sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama pada 2018.
Tambahnya lagi, sifat penyayang dan romantik Johnson yang berjaya mencuri hati sehingga membuatkan hatinya terbuka untuk menjadikan dia sebagai suami dan berharap agar jodohnya berkekalan hingga ke akhir ayat.
Sebelum ini, Vicha pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Aurel Angelina Khezya, Listy Arum Tresnasih dan juga Michelle Averina Chalista.
Baca: Majlis Kahwin Langgar SOP, Polis Tunggu Kamal Adli & Uqasha Senrose Pulang Dari Umrah


