in

[TERKINI] Boleh Gunakan Kad Fizikal Vaksin Penuh Buat Masa Ini Bagi Yang Ada Masalah Tiada Sijil Digital – Khairy Jamaluddin

Sidang Media Kkm 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media berkaitan perkembangan Covid-19 yang berlangsung hari ini menjelaskan bahawa mereka yang mempunyai masalah menerima sijil vaksin secara digital dibenarkan untuk menggunakan sijil fizikal buat masa ini.


Bagaimanapun kelonggaran ini diberikan buat mereka yang sudah memiliki 2 dos lengkap vaksinasi.

“Saya telah mengarahkan pasukan MySejahtera untuk selesaikannya dengan segera termasuk masalah tak ada sijil digital ini yang menjadi kebimbangan ramai yang dah memiliki vaksin lengkap tetapi masih belum mendapat sijil sijil mereka dalam MySejahtera.”

“Saya telah memberikan mereka tempoh masa seminggu untuk selesaikan isu ini supaya dapat diberikan sijil digital 

Buat waktu sementara saya benarkan kad fizikal vaksin dan mereka yang ada sijil vaksin dalam aplikasi SELANGKAH dapat digunakan”

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa jumlah kadar kematian yang dah 2 dos vaksin adalah 0.09%. Oleh itu, beliau meyakinkan orang ramai bahawa vaksinasi ini dapat memberikan perlindungan kepada penerima.

 

Baca : SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Dikemukakan Kepada MKN – Khairy Jamaluddin

Sop Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Dikemukakan Kepada Mkn Khairy Jamaluddin

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.