in

Vaksin ‘Kalis’ Covid-19 Adalah Salah Faham – Pakar Virologi

Vaksin2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peranan vaksin COVID-19 bukan untuk memastikan penerimanya tidak lagi dijangkiti virus berkenaan, sebaliknya bagi memastikan tubuh badan memiliki sistem imunisasi yang kuat.


Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar menjelaskan, persepsi kononnya pengambilan vaksin akan memastikan penerimanya tidak lagi dijangkiti virus COVID-19 adalah salah faham.

Beliau berkata, penerima vaksin masih boleh dijangkiti, namun kebarangkalian untuk mendapat gejala teruk dan memerlukan rawatan adalah rendah berbanding individu yang tidak menerima vaksin.

 

Bukan tak boleh jangkit langsung lagi….

Ilustrasi Vaksin Pfizer 169

“Peranan vaksin bukan untuk halang jangkitan. Itu salah. Vaksin adalah untuk kita memiliki sistem imun yang kuat supaya sekiranya kita dijangkiti, gejala tidak teruk.

“Jadi, kebarangkalian untuk kita memerlukan rawatan rapi di hospital hampir tiada, dan kebarangkalian pesakit meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19 juga berkurangan.

“Penerima vaksin masih boleh dijangkiti dan menyebarkan virus itu. Jadi jangan ingat kita sudah kebal selepas mendapat vaksin,” menerusi Berita Harian.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semalam, yang memaklumkan 40 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dikesan dijangkiti COVID-19 selepas melengkapkan proses vaksinasi dengan menerima dua dos suntikan.

Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, sembilan kes dijangkiti dalam tempoh lebih dua minggu selepas dos kedua, dan 31 kes lagi dijangkiti kurang dua minggu.

Sazaly berkata, keberkesanan vaksin COVID-19 yang antaranya mencecah sehingga 95 peratus, menggambarkan kadar penerima vaksin yang tidak memerlukan rawatan intensif sekiranya dijangkiti wabak itu.

Berikutan isu kakitangan barisan hadapan didapati dijangkiti Covid-19 yang mencetuskan kebimbangan orang ramai, pakai virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar tampil berikan keterangan pasal vaksin ini.

Selama ini ramai yang anggap vaksin covid ini betujuan agar dapat mencegah penerima daripada terkena virus Covid-19. Namun begitu Dr Sazaly menjelaskan bahawa ia hanya salah faham.

Menurut Berita Harian, Dr Sazaly menjelaskan bahawa fungsi vaksin ini adalah untuk memastikan tubuh badan memiliki sistem imunisasi yang kuat.

Jadi, mereka yang telah menerima vaksin, masih lagi boleh dijangkiti, cuma kebarangkalian untuk terima gejala teruk dan memerlukan rawatan adalah rendah berbanding individu yang tak dapat vaksin.

Vaksin 1

Jelasnya lagi, petugas KKM yang dikesan dijangkiti Covid-19 elepas menerima imunisasi lengkap, iaitu selepas dua minggu daripada tempoh disuntik dos kedua, amat kecil iaitu dua peratus daripada jumlah petugas yang disaring.

“Sembilan orang yang dijangkiti itu juga mungkin kerana terleka dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP), sebab itu penerima vaksin masih perlu patuhi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan seumpamanya,” katanya.

 

Baca : “SOP kena jaga walaupun dah vaksin” -Kakitangan KKM Positif COVID-19 Lepas Selesai Vaksinasi

Hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.