in

“SOP kena jaga walaupun dah vaksin” – 40 Kakitangan KKM Positif COVID-19 Lepas Selesai Vaksinasi

2Vakisn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 40 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang selesai menjalani proses vaksinasi dengan menerima dua dos suntikan dikesan dijangkiti Covid-19.


Beliau berkata, dari jumlah itu 9 kes dijangkiti dalam tempoh lebih dari 2 minggu selepas dos kedua dan 31 kes lagi dijangkiti kurang dari 2 minggu.

Tambah beliau lagi,  ia jelas menunjukkan langkah kesihatan awam termasuk pematuhan SOP masih perlu dilaksanakan kerana Covid-19 masih boleh dijangkiti walaupun selepas mengambil suntikan, tetapi dengan gejala yang kurang serius.

Screenshot 2021 04 17 At 1.51.20 Pm

Memetik laporan Berita Harian, Tan Sri Dr. Noor Hisham turut berkata seramai 142 kakitangan kesihatan dijangkiti selepas dos pertama, namun mereka yang dijangkiti itu mempunyai gejala kurang teruk. Daripada 426 kakitangan kesihatan yang mengambil vaksin, 244 atau 57% tidak dikesan dijangkiti COVID-19 selepas selesai program vaksinasi.

Pada masa sama, beliau berkata, mereka yang sudah menyelesaikan program vaksinasi tidak boleh mengambil ringan semua langkah kesihatan awam dan SOP.

Seramai 434,301 orang dari kumpulan fasa pertama telah divaksin setakat Khamis lalu sepanjang Program Imunisasi Covid Kebangsaan yang dimulakan pada Februari lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 di negara ini adalah 1,105,890 orang.

 

Baca: “Pesakit stabil”  Berita Pegawai Polis Meninggal Lepas Terima Dos Vaksin Kedua Palsu

Screenshot 2021 04 17 At 1.51.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.