Dakwaan orang ramai yang mengatakan bahawa vaksin yang dikeluarkan dari China tidak selamat itu ditepis oleh KKM.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negara itu sudah lama mengeluarkan vaksin untuk bermacam-macam jenis penyakit iaitu polio, influenza, Hepatitis A serta Japanese Encephalitis (JE)
Oleh itu, beliau yakin bahawa vaksin dari China tidaklah seteruk mana yang disangkakan memandang China sebelum ini banyak menubuhkan vaksin di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Ia adalah tidak benar dengan mengatakan vaksin dari China tidak selamat. Ini informasi tidak benar langsung. Sekarang ini, ia adalah vaksin baharu yang memerlukan kajian. Setakat ini ada 12 vaksin dalam kajian fasa ketiga dan KKM masih menunggu dokumen membabitkan kajian itu”. Lapor Berita Harian.
KKM juga akan melihat keberkesanan serta kesan samping vaksin itu, katanya pada sidang media COVID-19 hari ini.