in

Ustaz Sekolah Menengah Agama Didakwa Rogol Dan Liwat Pelajar 14 Tahun Di Tumpat, Kelantan

Featured 13

Bukan satu tetapi lima pertuduhan yang terpaksa dihadapi seorang ustaz sekolah menengah agama di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini selepas didakwa merogol dan meliwat pelajar berusia 14 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh Muhammad Nursalam Hazeman, 30 tahun didakwa merogol remaja 14 tahun pada 3, 10, 17 dan 24 Julai di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat, lapor Harian Metro.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

1 8 2

Manakala bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii pada 1 Ogos, 3 petang di lokasi sama.

Bagi kesalahan dia dia akan didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pengakuan tertuduh direkodkan dihadapan Hakim Mohd Rosly Mohamed Nawi.

13 September ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Baca : Jeni Haynes : Gunakan 2,500 Personaliti Untuk Bebaskan Diri Daripada Azab Dirogol  Diliwat Ayah Kandung Sejak Umur 4 Tahun

Baca 11

Sumber: Harian Metro