in

“Untuk edaran dalaman”- Viral Notis Hanya Benarkan Individu Yang Divaksin Dalam Premis, Agrobank Jelaskan Perkara Sebenar

F4 Avz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, tular di media sosial sebuah notis yang ditampal di pintu sebuah premis bank yang menyatakan bahawa hanya individu yang menerima suntikan vaksin sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam premis bank terbabit.


Antivazzz 2

Ini telah menimbulkan sedikit kekecohan dalam kalangan netizen sebab ada yang tak setuju perkara itu dilaksanakan sebab pengambilan vaksin di Malaysia adalah secara sukarela.

Namun, pihak bank tersebut kemudiannya tampil memberi penjelasan supaya tiada yang salah faham dengan perkara terbabit. Ikuti penjelasan yang dimuat naik oleh Facebook rasmi Agrobank ini.

Pelanggan Agrobank yang dihormati,Untuk makluman, notis yang tular di media sosial sejak semalam, Jumaat, 6 Ogos 2021…

Posted by Agrobank on Saturday, August 7, 2021

Dalam kenyataan yang dikongsikan oleh bank tersebut, notis yang viral di Facebook sejak beberapa hari lalu sebenarnya hanyalah untuk staf ibu pejabat bank tersebut dan pelanggan bank tidak terjejas dengan polisi tersebut.

Notis tersebut adalah bertujuan untuk melindungi kakitangan serta pelanggan Agrobank daripada sebarang risiko jangkitan di premis Agrobank,”

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin iaitu Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata bahawa suntikan vaksin COVID-19 adalah secara sukarela dan tidak diwajibkan, lapor Astro AWANI.

Antivazzz 3

Namun, walaupun tak ada paksaan, rasanya lebih baik kalau kita semua divaksin supaya kita akan capai imuniti kelompok sekaligus risiko jangkitan dapat dikurangkan. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati kan.

So, jangan lupa daftar vaksin ya semua. Lindungi diri, lindungi semua. 

Baca: “Saya percaya anda semua golongan terpelajar dan beragama tapi janganlah…”- Doktor Share Pengalaman Kematian Kanak-kanak Tak Diberi Vaksin

Antivaxxx 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.