in

Universiti Malaya Masih Tersenarai Antara 100 Universiti Terbaik Dunia, Tempat Pertama Di Malaysia

Universiti Malaya Universiti Terbaik Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Universiti Malaya (UM) membuktikan bahawa mereka masih berada pada tingkat tertinggi institusi pengajian  tinggi selepas berjaya menduduki tangga pertama untuk lima tahun berturut-turut dalam Kedudukan Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) 2023 berbanding institusi pengajian tinggi lain di Malaysia.


Untuk makluman, QS merupakan sebuah syarikat berpangkalan di UK yang pakar dalam analisis institusi pengajian tinggi di seluruh dunia dan telah ditubuhkan pada 1990 dan Kedudukan Universiti Dunia QS dianggap sebagai salah satu daripada tiga sistem ‘ranking’ universiti paling berpengaruh di dunia, bersama-sama dengan Kedudukan Universiti Dunia Times Higher Education dan Kedudukan Akademik Universiti Dunia.

Tersenarai di tangga ke-70, UM turut tersenarai sebagai salah satu daripada 50 Reputasi Majikan terbaik dunia (ke-35) untuk tahun kedua berturut-turut sambil meningkatkan dua tempat dalam skor Reputasi Akademiknya.

1616106

Selain itu, UM juga difahamkan berjaya memperbaiki skornya dalam indikator yang mengukur peratusan pelajar antarabangsa.

“Kami akan terus melaksanakan komponen pengajaran dan pembelajaran yang lebih mantap melalui intervensi ketepatan untuk menyesuaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk potensi pelajar kami ke tahap yang terbaik.” – Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Syukor

276115858 10159558830275255 1775876424202349852 N

Menurut kenyataan Naib Canselor institusi berprestij berkenaan, UM akan sentiasa membuka ruang bagi mereka yang pakar, pengamal industri, alumni dan pihak berkepentingan dalam industri serta bidang berkaitan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan pelajar UM.

Memberikan respon berkenaan kejatuhan ranking universiti berkenaan dari tahun sebelumnya, difahamkan ia adalah disebabkan prestasi universiti berkenaan dalam penyelidikan.

Prof Mohd Hamdi berkata UM memandang serius dengan penurunan tersebut, sambil menambah bahawa universiti akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengurangkan kemerosotan untuk tahun-tahun mendatang.

Ezgif.com Gif Maker 4

Difahamkan, tahun ini mencatatkan bilangan tertinggi institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia disenaraikan iaitu sebanyak 24 institusi dengan kebanyakan universiti berjaya menunjukkan peningkatan. 

Sambil menyifatkan kemajuan yang dicapai oleh IPT di Malaysia sebagai luar biasa, Naib Presiden Kanan QS, Ben Sowter berkata setakat tahun 2018, UM bukanlah universiti 100 terbaik tetapi kini telah menjadi antara 100 universiti terbaik di dunia.

Untuk tahun ke-11 berturut-turut, Institut Teknologi Massachusetts di Amerika Syarikat meneruskan penguasaannya sebagai institusi pengajian tinggi terbaik di dunia, manakala Universiti Cambridge di United Kingdom naik ke tempat kedua sambil Universiti Stanford yang berpangkalan di AS kekal di kedudukan ketiga.

Baca : “Rempit behavior” – Netizen Bengang Tengok Cara Polis Bantuan Layan Student

Ft Polis Bantuan Dikecam

Sumber: The Star
Sumber: Facebook
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.