Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengumumkan Seksyen 498 dimansuhkan dan tidak lagi boleh diguna pakai dalam prosiding jenayah melibatkan pendakwaan lelaki menggoda isteri orang.
Menurut Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, seksyen itu diisytiharkan sebagai tidak berpelembagaan kerana melanggar prinsip asas berhubung kesamarataan jantina.
Keputusan ini ternyata mengundang pelbagai reaksi dari ramai pihak. Ramai yang memberi pandangan tersendiri mengenai pemansuhan seksyen itu, ada yang bersetuju dan tertanya-tanya apakah kesan yang akan berlaku pada masa akan datang.
Artikel berkaitan: “Dia tergila-gilakan saya” – Warga Emas Ini Dilabel Sebagai ‘Raja Playboy’ Sebab Dah Kahwin 87 Kali
Artikel berkaitan: “Betul hidup macam Mat Salleh ya” – Pelakon Lelaki & Isteri Sama-sama Main Kayu Tiga?
Susulan itu, seorang bekas peguam yang aktif menulis di media sosial, Liyana Marzuki memberi pencerahan mengenai pemansuhan seksyen terbabit.
MEMIKAT
Ramai minta saya ulas keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan kesalahan jenayah “Memikat Isteri Orang” dalam Kanun Keseksaan, atas alasan ia melanggar Perlembagaan. https://t.co/9ZCoGj1Jzd
— Liyana Marzuki (@liyana_marzuki) December 18, 2023
“Seksyen 498 Kanun Keseksaan tetapkan mana-mana orang yang mengorat dan membuat hubungan dengan isteri orang boleh dikenakan hukuman 2 tahun penjara.
“Mahkamah Persekutuan membatalkan seksyen ini kerana melanggar konsep kesaksamaan jantina dalam Perkara 8 Perlembagaan. Ini kerana kesalahan ini hanya terpakai kepada lelaki,” katanya.
Tambah Liyana, seksyen ini dimansuhkan kerana menolak konsep isteri sebagai ‘harta’ kepada lelaki di mana hanya lelaki sahaja berhak dan layak mendapat keadilan sekiranya ada kecurangan dalam perkahwinan.
Katanya lagi, seksyen ini dibuat sejak zaman Victoria di England. Ketika itu, isu isteri golongan bangsawan dicuri dan dibawa lari oleh golongan bawahan sangat meluas sehingga terpaksa wujudkan satu kesalahan jenayah.
Namun, kesalahan itu dilihat satu hala sahaja dan seksyen ini dilihat telah mendiskriminasi kaum wanita.
Jelasnya, walaupun seksyen ini telah dimansuhkan tetapi undang-undang syariah ada peruntukan khas bagi kesalahan terbabit dan ia terpakai kepada suami ataupun isteri.
“Kalau ada orang mengorat lelaki atau isteri anda dan cuba runtuhkan rumah tangga, boleh lapor pada Jabatan Agama. Memang ada kesalahan jenayah syariah. Di KL seksyen 37 Akta 559. Di Selangor seksyen 34 Enakmen 9 Tahun 1995. Negeri lain, pakat-pakat la cari peguam syariah,” katanya.
Beliau menyatakan undang-undang Islam lebih adil kerana kedua-dua pihak boleh mengambil tindakan jika berlaku isu tersebut.
Sumber: Twitter
