in

Uncle Roger Diserang Ketika Pulang Ke Rumah, Dipercayai Jadi Mangsa Perkauman

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ditumbuk sehingga bibir berdarah dan lebam. Pelawak Malaysia, Nigel Ng atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger berkongsikan kisahnya diserang ketika sedang berjalan pulang ke rumah di London. 


Terang Uncle Roger, dia pada mulanya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan tengah hari, apabila tiba-tiba ditumbuk di bahagian muka oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Uncle Roger di Instagram Story.

“Lelaki itu datang dan tumbuk muka saya. Mungkin disebabkan faktor perkauman Covid. Nasib baik dia bukan seorang yang pandai berlawan”

1 12

2 7

Pelawak berusia 29 tahun itu menjelaskan dia tidak mengenali penyerang tersebut, dan apabila ditanya mengapa dirinya diserang secara tiba-tiba, penyerang tersebut hanya berkata: “Kau tahu apa yang kau buat”.

“Saya tak rasa dia kenal siapa saya. Saya rasa dia serang saya hanya disebabkan saya orang Asia. Saya sangat sedih dengan perkara ini, saya tak tahu jika saya boleh berjalan dengan selamat di tempat saya pada waktu ini”

Meskipun baru sahaja diserang dan berada dalam keadaan ketakutan, Uncle Roger masih sempat menyelitkan jenaka dalam Instagram Story miliknya.

“Saya lebih risaukan keadaan gigi saya daripada kematian, sebab saya baru sahaja putihkan gigi”

Ini bukanlah kes pertama seperti ni dilaporkan, sebelum ini juga seorang lelaki warganegara Singapura pernah diserang di London ekoran ketakutan mereka terhadap orang Asia, yang disangka sebagai penyebar Covid-19.

 

Sumber: mrnigelng

 

BACA: “Happy you approve Roger!” – Gordon Ramsay Gembira Uncle Roger Terima Cara Dia Masak Nasi Goreng Pedas

Capture 39

Sumber: mrnnigelng
Sumber: mrnigelng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.