in

“Umur belum 30, Tapi Profit Dah Berjuta” – Kisah Jatuh Bangun 2 Individu Sebelum Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30

C

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Forbes telah keluarkan senarai 300 usahawan yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia tahun ini. Dalam 300 yang tersenarai ini 11 antara mereka adalah usahawan dari Malaysia tau!


Kalau korang nak tahu, 300 usahawan ini dipilih dari lebih 2,000 penyertaan dan kerja-kerja mereka  telah dinilai dan dikaji oleh panel hakim yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing termasuk dalam aspek inovasi teknologi.

Antara usahawan Malaysia yang terpilih termasuklah pengasas bersama INFLUASIA, Chris Khristie dan Michelle Tan. Bukan senang untuk berada di tahap ini, tapi dua individu ini buktikan yang ianya tak mustahil meskipun usia belum mencapai 30 tahun.

Kalau korang nak tahu, INFLUASIA adalah kumpulan media digital yang memenuhi keperluan masyarakat berbahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin di negara ini melalui portal WORLD OF BUZZ, Lobak Merah dan NOODOU.

Dalam temubual bersama Marketing Magazine, Chris dan Michelle menceritakan kisah jatuh bangun mereka sepanjang pertubuhan INFLUASIA ini.

Permulaan INFLUASIA

5 2
sumber: marketing magazine

Chris dan Michelle bertemu pada tahun 2012. Ketika itu, Chris cuba untuk mengorat Michelle di dalam bar. Tapi, disebabkan pick-up line yang Chris guna tak berjaya cairkan hati Michelle, kini mereka menjadi kawan baik.

Portal WORLD OF BUZZ merupakan projek rasmi pertama mereka berdua. WORLD OF BUZZ dilancarkan pada tahun 2015, kemudian pada Jun 2016 baru mereka tubuhkan syarikat INFLUASIA dan buka portal Lobak Merah untuk pembaca Melayu dan NOODOU pada Julai 2017.

Walaupun WORLD OF BUZZ, Lobak Merah & NOODOU bahasa lain-lain, artikel mereka tak sama tau! WORLD OF BUZZ adalah untuk pembaca urban, Lobak Merah lebih kepada cerita-cerita viral dan NOODOU, pembacanya lebih suka cerita-cerita kelakar.

Cabaran untuk bangunkan INFLUASIA

4
sumber: marketing magazine

Menurut Chris, pada awalnya memang banyak rintangan yang mereka alami.

Ketika followers kami baru beberapa ribu, kami dapat 100 page views pun dah excited. Bayangkan apa perasaan kami bila kami cecah satu juta page views.”

“Antara cabaran yang kami lalui adalah pada awal dulu, kapasiti server untuk laman web kami sangat kecil dan kami tak boleh menampung ramai pembaca pada satu-satu masa. Nasib baik sekarang kami dah upgrade server yang lebih solid dan boleh menampung berjuta-juta pembaca pada satu masa.”

Namun, lain pula cabaran yang dihadapi Michelle yang tak ada latarbelakang dalam bidang broadcasting. Ia pastinya sesuatu yang amat rumit untuk dia melibatkan diri dalam bidang ini memandangkan ketika itu, bidang yang dipelajarinya adalah pengurusan hartanah.

“Saya tak ada latar belakang dalam broadcasting. Saya sebenarnya mengambil degree pengurusan hartanah. Kami lancarkan WORLD OF BUZZ pada tahun 2015 dan pada masa yang sama saya sedang ambil degree. Jadi, bila saya ada masa rehat, saya akan tulis dan pos artikel. 

“Digital media adalah benda baru bagi kami, pada awalnya kami tak tahu artikel mana yang boleh pos dan mana yang tak boleh. Lagi-lagi, ketika itu kami hanya berdua. Jadi kami akan kerja 7 hari seminggu dan buat semua benda termasuk sale dan operasi. Dedikasi yang buatkan kami berada di sini sekarang.”

Kini mereka boleh menarik nafas lega apabila mampu menjana pendapatan jutaan ringgit dan mengembangkan perniagaan mereka di peringkat yang lebih tinggi.

Kalau korang nak berjaya macam Chris dan Michelle korang kena buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Bak kata pepatah “susah-susah dahulu, senang-senang kemudian” betul tak?

 

Baca: Nak Berjaya? Ini 13 Tips Usahawan Butik Lebarkan Sayap Hingga Ke Dubai

Screenshot 2019 04 03 At 4.25.23 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.