fbpx
in

Umrah Pasca Covid-19: Arab Saudi Rancang Benarkan 120,000 Jemaah Tunai Ibadah Umrah Sehari

2Umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berdasarkan pengumuman dari Kerajaan Arab Saudi yang membenarkan permohonan ibadah Umrah dan Haji minggu lepas, Kerajaan Arab Saudi kini dalam perancangan untuk meningkatkan kapasiti jemaah umrah.


Screenshot 2021 08 15 At 12.05.53 Pm

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berhasrat untuk meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga mencecah 120,000 sehari berbanding 60,000 ketika ini. Terdapat langkah segera untuk meningkatkan kapasiti umrah kepada 90,000 jemaah sebelum dinaikkan menjadi 120,000 jemaah sehari.

Screenshot 2021 08 15 At 12.06.20 Pm
Memetik laporan Astro Awani, Setiausaha Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Abdulaziz Wazan berkata, usaha ini akan dilakukan menerusi kerjasama dengan pihak yang berkeupayaan dan menjangkakan negara itu bakal menerima ramai jemaah umrah tahun ini.
Bagi menjayakan hasrat itu, pihak Arab Saudi juga telah selesai melakukan persiapan dari sudut teknikal bagi menerima dan menyediakan perkhidmatan melibatkan jemaah umrah dari luar negera. Ini termasuklah perkara yang melibatkan penularan wabak Covid-19.
Screenshot 2021 08 15 At 12.06.39 Pm
Terdahulu, Kerajaan Arab Saudi telah membuka permohonan jemaah untuk menunaikan ibadah umrah dan haji di Tanah Suci kepada penganut agama Islam di luar negara bermula 9 Ogos lalu.
Screenshot 2021 08 15 At 12.04.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top