in

Permohonan Umrah Dibuka Mulai 9 Ogos – Arab Saudi

1Umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas sekian lama dunia dilanda pandemik Covid-19 yang menyaksikan penutup banyak industri ekonomi dan merencatkan norma penduduk dunia, kini kita mula nampak sinar dengan beberapa negara mula membuka pintu antarabangsanya.


Terkini, kerajaan Arab Saudi akan membuka permohonan umrah bermula 9 Ogos 2021. Memetik laporan Astro Awani, Arab Saudi akan mula menerima permintaan haji dan umrah dari luar negara untuk jemaah yang telah lengkap 2 dos vaksin.

Screenshot 2021 08 08 At 12.05.38 Pm
Sumber: google image

Dua kota suci umat Islam, Mekah dan Madinah akan mula menyambut pengunjung dengan langkah pencegahan Covid-19 dan menjangkakan peningkatan sehingga 2 juta jemaah sebulan berbanding 60,000 ketika pintu antarabangsa ditutup sebelum ini.

Seorang pegawai di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengatakan bahawa jemaah haji dari dalam dan luar negara perlu menunjukkan sijil vaksinasi Covid-19 yang telah disahkan untuk memohon kebenaran menunaikan ibadah.

Screenshot 2021 08 08 At 12.04.34 Pm
Sumber: google image

Tambah beliau lagi, jemaah dari negara luar yang termasuk dalam daftar larangan masuk ke Arab Saudi wajib menjalani kuarantin sebaik sahaja tiba di Tanah Suci.

 

Baca: Tiada Lagi Kerisauan Pada Bakal Jemaah Haji & Umrah, Arab Saudi Kini Iktiraf Vaksin Sinovac

Screenshot 2021 08 08 At 12.04.06 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.