in

UMNO Junjung Titah YDPA, Sokong Kerajaan Perpaduan Yang Tidak Diketuai PN

Mt Tertinggi Umno

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut politik di Malaysia bersambung lagi hari ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU15) dan terbaru Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mengumumkan parti itu akan menyokong dan menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan yang tidak dipimpin oleh Perikatan Nasional.


Sokongan itu seperti yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Setiausaha Agung parti itu Ahmad Maslan, keputusan itu dikecapi selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabat parti itu malam tadi yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.

Firaa7Dakaac915

 

“MT sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.” tulisnya.

Selain itu, kenyataan itu juga menyebut Majlis Tertinggi menyokong Zahid sebagai Presiden UMNO dan menerajui BN sebagai pengerusi.

Sebagai info, pada PRU15 baru-baru ini parti tersebut hanya memenangi 30 kerusi Parlimen dan ia merupakan pencapaian terburuk dalam sejarah UMNO.

Baca: “Menang, salah. Kalah, salah” –  Najib Kecewa Apa Yang Dibuat BN Dianggap Serba Tak Kena

Najib Razak Salah Bn

Sumber: UMNO Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.