Ekoran tular video pensyarah menghina pelajar dan memperlekehkan golongan B40 yang dimuat naik malam tadi, pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) akhirnya buka mulut mengenai isu ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor mengatakan bahawa susulan dari tindakan pensyarah tersebut, pihaknya telah pun meneliti isu tersebut dan mengambil tindakan pantas.
Pihak universiti telah meneliti isu tersebut dan mengambil tindakan pantas dan sewajarnya terhadap pensyarah berkenaan.
UiTM juga bertegas untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja mahu pun tidak.”
https://twitter.com/uitmofficial/status/1509023726524071939
Selain itu, UiTM turut menegaskan bahawa mereka mengutamakan kebajikan seluruh warga tertutamanya pelajar.
UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.
Pihak universiti juga telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar, bantuan dari pusat zakat serta dari pihak alumni.
UiTM turut menyeru para pelajar yang mempunyai masalah untuk berhubung dengan pihak fakulti dan universiti bagi mendapatkan nasihat dan bantuan.
@uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40
“Boleh huraikan dengan lebih lanjut”
Menerusi ruangan komen Twitter rasmi itu, ramai netizen tak berpuas hati dan meminta agar pihak UiTM menjelaskan apa tindakan pantas dan sewajarnya yang telah dibuat ke atas pensyarah tersebut.
Harapnya pensyarah tu pun dapat keluarkan kenyataan maaf jugak…
Baca: MPP UiTM Desak Tindakan Tegas Diambil Ke Atas Pensyarah Hina Pelajar