Ugut Gagalkan Kalau Tak Bagi Cabul

Kebelakangan ni, banyak kita dengan cerita kes cabul dekat tempat kerja. Sampai dah jadi tak terkawal. Baru-baru ni, The Star ada melaporkan tentang seorang doktor pelatih yang menjadi mangsa cabul ketua jabatannya. 

Masalah ini bermula apabila Michelle dipanggil oleh ketua jabatannya untuk berbincang tentang masalah kerja lepas tamat waktu syif. Padahal ketua jabatan tersebut sebenarnya mempunyai niat jahat.

 

Nak bagi ‘restu’

Michelle diberitahu yang ada orang lain akan join meeting tu tapi bila dia sampai doktor tu terus je kunci pintu dan mula memegang sambil mencium dia.

Dia cakap dia nak bagi ‘restu.'”

Michelle terus berlari keluar meninggalkan bilik doktor tu.

“Saya rasa terkejut dan murung. Saya menangis dan rasa kotor.”

Bukan sekali tu je, doktor tu berterusan memegang dia di tempat yang tak sepatutnya dan selalu ajak dia keluar minum. Dia akan paksa Michelle untuk minum dengan banyaknya, bila dah mabuk, doktor tu mula la start pegang buah dadanya. Ishh…

Sumber: Free Malaysia Today

 

Ajak balik sambung dekat rumah

Dia boleh pulak suruh Michelle ni hantar dia balik ke rumah supaya mereka boleh sambung di sana. Tapi Michelle sentiasa berjaya mengelak daripada balik ke rumah bersamanya. Michelle terpaksa mengikuti permintaan doktor tersebut sebab dia selalu diugut akan digagalkan kalau dia menolak pelawaan lelaki tersebut.

“Dia sering cakap yang itu adalah komponen bukan akademik dan kalau kami tak ikut arahan tu, kami akan digagalkan”.

Walaupun Michelle dah buat report polis tapi masih tak ada tindakan yang diambil. Doktor pelatih lain juga menceritakan yang sepanjang 6 bulan latihannya, doktor tersebut selalu mengganggunya. Bila dia boring, dia akan ajak doktor pelatih tu ke biliknya untuk berbual tentang seks.

 

Selalu sentuh bahagian buah dada

Doktor tu pernah memegang buah dadanya semasa mereka melakukan aktiviti senaman di hospital. Seramnya…

Doktor pelatih ni bersetuju dengan Michelle tentang habit doktor ni yang suka ajak doktor pelatih lain untuk minum sampai mereka mabuk supaya dia boleh mengambil kesempatan.

Doktor pelatih lain yang mahu dikenali sebagai Sarah memberitahu dia telah diberi amaran tentang perangai doktor tu di awal postingnya lagi. Ada sekali dia perlu menangkap gambar doktor tersebut sebagai laporan, terus dia mengajak rakan lain untuk menemaninya.

Walaupun berteman, doktor tu dengan beraninya mencubit dia di bawah branya. Sarah terus menjeling doktor tersebut.

“Saya boleh buat macam ni sebab saya macam ayah awak”.

Gambar hiasan

 

Doktor pakar lain tak berani buka mulut

Dia menyambung lepas doktor tu tahu dia tak kan mengikut ajakan dia, terus dia membuli doktor pelatih tu dengan mengerahnya menjalani 36 jam syif secara berterusan.

Kebanyakan pakar di hospital tersebut tak berani buka mulut sebab dorang takut dipecat atau hilang jawatan yang dipegang.

“Ramai di antara kami yang belajar dengan teruk untuk jadi doktor pelatih jadi kami tak menjejaskannya”.

Itulah penjelasan salah sorang doktor pelatih di situ kenapa dorang tahan dengan gangguan seksual doktor senior tersebut. Selepas pendedahan eksklusif daripada The Star ini, Menteri Kesihatan, Dr, Haji Dzulkefly bin Ahmad menyatakan akan menyiasat perkara ini.

Sumber: Astro Awani

Kesiannya dorang ni terpaksa diamkan je walaupun kena gangguan seksual sebab dorang tak nak digagalkan.

Baca: “Dia cakap dia tengah ‘dahaga’ perempuan…” – Pemandu Grab Selamba Cabul Penumpang, Dan…

 

Ditulis oleh Irsarani Abdullah

Tak banyak dapat diketahui tentang penulis ini melainkan dia meminati EXO.