in

“Udah hidup kaya normal” – [VIDEO] Takde Social Distancing Dan Beratur Rapat-rapat, Rakyat Indo Penuhi Airport

Feature 1 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun masyarakat di seluruh dunia dah aware bahawa kita perlu meneruskan kehidupan dengan the new normal iaitu dengan pemakaian mask dan penjarakan sosial ketika pandemik, namun masih ramai yang berdegil. Benda ni bukan kat Malaysia je, dekat negara lain pun ada jugak terjadi. 

Kali ini admin nak kongsikan tentang rakyat Indonesia yang membanjiri airport utama negara itu, Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten pada Khamis lalu untuk ke destinasi masing-masing, lapor The Jakarta Post.


Airport 1

Yang menimbulkan kemarahan majoriti netizen Indo ialah mereka dilihat bersesak-sesak antara satu sama lain dan takde penjarakan sosial pun!

Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku pada awal pagi Khamis lalu di mana penumpang sedang beratur untuk pemeriksaan dokumen sokongan yang membenarkan mereka untuk ke destinasi yang dituju.

Airport 1 1

Sebelum ini, kerajaan Indonesia telah membatalkan penerbangan dalam negeri berikutan larangan untuk rakyat mudik (pulang ke kampung) bersempena dengan hari raya sehingga 1 Jun depan.

Namun, bermula 6 Mei lalu, larangan itu kemudiannya telah dilonggarkan dan mereka yang mempunyai alasan yang kukuh seperti kes kecemasan atau kematian ahli keluarga dibenarkan untuk menaiki penerbangan.

Pihak pengurusan lapangan terbang pula menjelaskan bahawa kejadian itu hanya berlaku dalam masa sejam dan berjanji perkara yang sama tidak akan terjadi lagi. 

Baca: “Lepas ni muncul kluster mall pulak” – Takde Jarak Sosial, Pengunjung Beratur ‘Banjiri’ Mall Di Johor

Mall 3

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.