Suasana pertandingan ratu cantik Miss Grand Thailand mencuri perhatian ramai, khususnya pengguna TikTok apabila salah seorang pesertanya, Kamolwan Chanago, mengejutkan penonton dengan insiden tidak dijangka.
Kamolwan menjadi perhatian apabila veneer pada giginya dilihat tercabut ketika sedang memperkenalkan diri di pentas pertandingan tersebut pada 25 Mac lalu.
Klip video kejadian itu kemudian tular di media sosial, terutamanya di TikTok sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
@mothershipsg like a queen 👑 Contestant Kamolwan Chanago’s dental veneers slipped out mid-introduction during the Miss Grand Thailand preliminary round on Mar. 25. Many netizens praised the contestant’s composure, saying she handled the minor slip-up very well. The Miss Grand Thailand 2026 finals will be held on Mar. 28 in Bangkok, where reigning queen Sarunrat Puagpipat will crown her successor, who will go on to compete at Miss Grand International 2026 in India, Inquirer reported. #mothershipabroad #fyp #missgrandthailand #tiktokthailand #thailand
Artikel Berkaitan: “Saya dipanggil b*doh hanya kerana…” – Kecoh Miss Universe Mexico Diarah Keluar, Peserta Lain Tunjuk Tanda Protes
Artikel berkaitan: Kenali Nadeen Ayoub Wakil Dari Palestin Dalam Miss Universe 2025
Dalam klip video yang tular itu, veneer gigi peserta Miss Grand Thailand berkenaan dilihat tercabut ketika dia sedang berada di pentas.
Namun begitu, Kamolwan berjaya mengatasi situasi tersebut dengan tenang apabila mengekalkan ekspresi wajah elegan sambil berpusing bagi memperagakan gaun yang dipakainya.
Menurut pihak penganjur, peserta itu mengalami insiden kecil yang tidak dijangka ketika berada di atas pentas.
Bagaimanapun, mereka tetap memuji keyakinan dan profesionalisme Kamolwan yang meneruskan penyertaannya dalam pertandingan berkenaan.
Sumber: E! News
