in

“BellaSyedYes”- Bella Astillah Terima Lamaran Dari Syed Saddiq, Bakal Bertunang Hari Ini

Bella Astillah Dilamar Syed Saddiq
Syed Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang ternanti-nantikan berita gembira daripada selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Penantian itu akhirnya terjawab apabila Syed Saddiq menerusi Instagram mengesahkan bahawa beliau telah melamar Bella di puncak Gunung Kinabalu.

Difahamkan, majlis pertunangan pasangan tersebut dijadual berlangsung petang ini dan akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Sooka.


Menariknya, detik lamaran tersebut berlaku ketika hujan lebat di puncak Gunung Kinabalu.

Syed Saddiq Bella Astillah

Artikel berkaitan: Bella Astillah Titip Kuih Raya ‘;Freshly Baked’ Buat PMX, Syed Saddiq Jadi ‘Runner’ Ke Putrajaya

Artikel berkaitan: “Selamat hari lahir, Ironlady” – Ucapan Syed Saddiq Sempena Hari Jadi Bella Astillah Buat Peminat Cair

Menurut perkongsian Syed Saddiq, perkenalan mereka bermula daripada kerjasama biasa yang akhirnya berjaya mengumpul lebih RM6 juta untuk rakyat, sebelum tanpa disedari turut menyatukan dua hati.

Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet serta rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang dijadualkan melangsungkan majlis pertunangan pada petang ini.

Sumber: Instagram Syed Saddiq 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.