in

UAI Kongsi Hukum Buat Bisnes ‘Tukar Duit Raya’ Boleh Jatuh Haram Kalau…

Ft Uai Hukum Ambil Upah Pecah Duit Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu penghujung bulan puasa ini biasanya adalah musim-musim orang sibuk mencari ‘duit pecah’ untuk duit raya nanti.

Oleh itu, difahamkan sekarang ada individu buat bisnes tukar duit raya, buktinya dapat kita lihat menerusi video di bawah ini. Individu ini siap ‘pacak kedai’ untuk orang awam tukar duit raya dengannya.


Artikel berkaitan :Ubah Suai Bas Lama Jadi Pusat Mengaji Al-Quran, Usaha Sekumpulan Anak Muda Ini Dipuji

Artikel berkaitan : “Tengok sekali nampak betul” – Suara & Video Ceramah UAI Disunting, Netizen Dakwa Guna Teknologi AI?

@fahmi_negredo

Korang buat bisnes apa time puasa ni??? . #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypmalaysia #raya2024

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Tidak dinafikan ia memang memudahkan urusan kita, namun dalam servis ini pastinya akan ada caj upah buat mereka yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Oleh itu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menyifatkan bahawa hukum mengambil upah duit raya ini boleh jatuh kepada haram.

Contohnya, jika seseorang itu mahu pecahkan RM100 sekeping dalam bentuk RM1, orang yang bantu tukarkan duit itu harus memberinya RM100 tepat bukannya RM 98 kerana caj upah, ia akan jadi haram kerana terdapat unsur riba.

“Kalau tukar nilai mesti sama, dia buat runner tukar duit raya, nak tukar RM100, pakcik tu pun bagi RM100, runner tu bagi balik RM98 seringgit-seringgit, tak cukup RM2, kerana cabut upah tadi, tak boleh.”

Bagaimanapun, beliau ada menjelaskan cara yang betul untuk mengambil upah dalam urusan ini dalam video di bawah.

@azie_maziahh

Dengar sampai habis untuk tahu cara yang betul (halal)untuk tukar duit raya. Elak riba…#CapCut

♬ bunyi asal – AZIE_MAZIAH🕊️ – MAWAR_MERAH🌹

Oh macam itu,  harap pengetahuan ini dapat memberi manfaat kepada kita dan bagi mereka yang dah tahu hukumnya, boleh ubah cara urusan tersebut. 

Sumber : TikTok @fahmi_negredo, @azie_maziahh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.