in

“Tutup jela sempadan negeri” – 6 Pelajar & 7 Guru di Lahad Datu SAH Positif Lepas Buat Saringan Kontak Kluster Benteng

Positif Ld

Menurut Harian Metro, tujuh guru dan enam pelajar membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu disahkan positif Covid-19, hari ini.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata mereka dikesan positif wabak ini ketika pemeriksaan saringan kontak Kluster Benteng LD. Ia adalah kes ke-921, ke-922 dan 925 hingga ke-935.

“Bagaimanapun, semua kes sudah berada di bawah jagaan Hospital Lahad Datu.”

 

OKT di lokap turut positif

Seramai 35 orang kena tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu membabitkan 20 lelaki bukan warganegara dan 15 lelaki warga tempatan turut disahkan positif Covid-19, kata beliau.

Ianya adalah kes  ke-882 sehingga 916 dan setakat semalam, 937 kes positif Covid-19 telah direkodkan di Sabah. Jumlah itu menunjukkan pertambahan  60 kes baharu di lima daerah seperti Lahad Datu (54), Sandakan (3), Tawai (1), Kunak (1) dan Kota Kinabalu (1).

Positif2

 

“Tutup jela sempadan negeri”

Ramai netizen di Facebook menzahirkan rasa bimbang masing-masing dan kekecewaan apabila kerajaan masih belum mahu melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu.  Apatah lagi kini ramai ahli politik sedang giat menjalankan kempen untuk pilihan raya mendatang.

Komen 2

 

Baca: Kluster Benteng: Kronologi Punca & Bagaimana Merebak, Tapi Rakyat Tak Perlu Risau Sebab…

Dghisham

Sumber: Facebook