in

Kluster Benteng: Kronologi Punca & Bagaimana Merebak, Tapi Rakyat Tak Perlu Risau Sebab…

Dghisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam (8/9/2020) seluruh rakyat Malaysia terkejut apabila mengetahui perkembangan kes baharu Covid-19 di Malaysia telah mencecah 100.


Sebahagian besar kluster tersebut datangnya dari Kluster Benteng. Mungkin ramai yang tak tahu dan kurang peka dengan kluster ini. Jadi, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa kluster ini mula dikenalpasti pada 1 September lepas.

 

Punca wujud Kluster Benteng

Ianya bermula apabila ada 2 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan di lokap IPD Lahad Datu Sabah 24 Ogos lepas.

Mereka telah disaring dan didapati positif Covid-19 pada 31 Ogos 2020. Mereka dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, sejak itu pihak terlibat menjalankan aktiviti pengesanan secara aktif dan saringan kontak rapat dengan mereka berdua.

Hasilnya, dalam tempoh tujuh (7) hari, seramai 1,404 orang telah disaring dan 66 kes positif COVID-19 dikesan dengan kadar positiviti sebanyak 4.7%.

Daripada 66 kes Covid-19 dalam kluster ini, 97% daripadanya melibatkan kes banduan iaitu sebanyak 64 kes dan lagi 2 kes itu melibatkan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya

Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan:

  • 98 orang kakitangan penjara.
  • 157 orang ahli keluarga kakitangan dan banduan.
  • 78 anggota polis.
  • 440 orang pegawai agensi kerajaan yang lain.
  • 631 orang banduan.

 

Punca penularan

71599575882 Noorhishamabdullah

Berdasarkan analisa risiko yang dijalankan, faktor penularan COVID-19 bagi kluster ini adalah ruang lokap yang sesak dan sempit.

Didapati penjarakan fizikal tidak diamalkan dan sekaligus merupakan penyumbang utama penularan jangkitan COVID-19 di kalangan banduan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham ada membuat kenyataan bahawa, orang ramai tidak perlu bimbang tentang penyebaran Kluster Benteng kerana mereka  ‘terpisah’ daripada orang ramai. Kluster ini sama dengan yang ada di depot imigresen awal tahun ini.

 

Baca : Netizen Bimbang PKP Akan Kembali Dilaksanakan Sebab Kes Dah Naik 3 Angka!

Kluster

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.