in

“Tunjuk kaki sikit…” – Firdaus Wong Dakwa Pernah Lihat Mesej Lucah UEL Kepada Mangsa

Firdaus wong kes ebit lew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes amang seksual yang melibatkan penceramah bebas Ustaz Ebit Lew (UEL) masih lagi berjalan sehingga ke hari ini.

Terbaru, pendakwah bebas Firdaus Wong memberi keterangan pada perbicaraan kes yang dihadapi UEL itu, dia memaklumkan pernah melihat beberapa mesej dan gambar lucah dalam telefon bimbit milik wanita yang mendakwa menjadi mangsa, termasuk gambar kemaluan lelaki.


Menurut laporan Berita Harian, Firdaus Wong memberitahu mesej dan gambar lucah berkenaan dilihatnya secara terus daripada telefon bimbit wanita berkenaan melalui aplikasi WhatsApp.

Perkara ini berlaku ketika dia bertemu pengadu itu yang telah hadir bersama suami selepas laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti terbabit pada 7 Ogos 2021 lepas.

uel1

Pendakwah bebas itu turut memberitahu, antara pesanan dilihat dan didengarnya adalah satu mesej suara (voice note) dihantar kepada pengadu yang berbunyi ‘tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit’.

“Terdapat juga pesanan bertulis menerusi WhatsApp, ‘minta husband you (suami kamu) ceraikan you, I (saya) bayar you’,” katanya.

Dia yang turut menjadi saksi kes UEL itu akan menyambung keterangannya pada prosiding yang bersambung hari ini selepas ditangguhkan pada 30 September lalu.

Selain itu, dia turut memberitahu mahkamah, bahawa terdapat gambar kemaluan lelaki yang dihantar kepada pengadu dalam perbualan wanita itu dengan UEL.

Perbicaraan akan diteruskan sehingga Khamis ini. 

Baca: Perbicaraan Pendakwah Terkenal, Ebit Lew Bersambung 20 Disember Ini

Cats 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.