in

“Tumpuan pada watak baru” – Pikachu ‘Bersara’ Selepas 25 Musim Pokemon

Pikachu Bersara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Watak ikonik Pokemon, Pikachu akan mengucapkan selamat tinggal kepada siri tersebut selepas 25 tahun siri berkenaan mula-mula diperkenalkan pada tahun 1997.


Menurut laporan Manila Times, siri animasi Jepun yang mengetengahkan watak tikus elektrik ceria, Pikachu serta jurulatihnya, Ash Ketchum yang mula bertarung dengan watak Pokemon lain sejak 1997 ini akan ‘bersara’ secara rasmi tahun ini.

Mulai 2023, watak ikonik Pokemon akan kembali menemui peminat, namun tanpa kehadiran Pikachu selepas ia dan jurulatihnya memenangi “Siri Pertabalan Dunia Pokemon”.

Ezgif.com Gif Maker 7

Difahamkan, pengembaraan seterusnya akan memberikan tumpuan kepada watak terbaharu iaitu Liko dan Roy dalan siri Pokemon Ultimate Journeys:The Series yang bakal menemui peminat pada tahun hadapan.

Watak protagonis tersebut akan memulakan pengembaraan mereka di Paldea, dan akan mengetengahkan watak baharu Pokemon seperti Fidough dan Lechonk.

Menurut pencipta Pokemon, Satoshi Tajiri berkata, perkara tersebut akan mewakili segalanya yang diminati oleh peminat tentang animasi berkenaan seperti aksi, pengembaraan, persahabatan dan pastinya Pokemon.

800Px Pokemon 2023 Anime Promo Artwork

Pun begitu, menurut laporan, sebelum siri baharu tersebut bermula, 11 episod khas Pokemon akan ditayangkan bagi meraikan pengembaraan Ash di setiap ‘negeri’ Pokemon yang akan menggamit kenangan buat semua peminat.

Untuk rekod, watak Pokemon mula muncul dalam permainan video untuk Nintendo’s Gameboy pada tahun 1996 dan melahirkan sebuah francais yang dikatakan menyaingi Star Wars dan Harry Potter yang menjadi kegilaan ramai bukan sahaja kanak-kanak di seluruh dunia.

Terbaharu, permainan video Nintendo Switch, Pokemon Scarlet dan Purple telah terjual lebih daripada 10 juta salinan sejak dilancarkan pada akhir November!

Baca : Minat Pokemon? Korang Kena Datang Ke Taman Permainan Unik Tema Pokémon Ini

F3 Taman Pokemon

Sumber: Comicbook
Sumber: Bulbapedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.