in

“Tulis ni pun menitik air mata” – Budak 3 Tahun Sukar Berjalan Kerana Hidap Sakit Kulit Kronik Di Kaki

Collage 18

Ibu bapa mana yang nak tengok anak menderita, sedangkan kalau demam biasa pun kita dah risau, apa tah lagi bila kita tengok anak kita sendiri tak dapat nak bermain macam kanak-kanak lain.

Begitu juga kesedihan yang dirasai oleh ibu bapa kepada seorang budak perempuan berumur tiga tahun apabila penyakit kulit yang dihidapi anaknya menjadi bertambah kronik pada hari raya pertama baru-baru ini.

64478627 2346452918934233 4092631141872304128 N
Sumber: facebook

Menurut Sinar Harian, adik Hana Humaira yang merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik itu telah mengalami penyakit gatal sehingga kedua kakinya bernanah, berdarah dan berair.

Ibunya, Zainab Othman berkata, sakit kulit anaknya yang pada awalnya hanya berada di kaki kini telah mereka ke bahagian tangan dan belakang telinga.

Anak saya ada penyakit gatal kulit sejak setahun lalu, tapi tak pernah sampai tahap macam ni.”

“Doktor kata ini adalah penyakit ekzima, kami pergi klinik biasa pun kata benda yang sama.”

Sehari sebelum puasa, adik Hana sampai dirawat di Hospital Baling selama seminggu kerana sakit kulitnya ini. Ketika itu, kulit Hana hanya kemerahan, kekeringan dan mengelupas.

“Waktu dirawat di hospital, kulitnya tak sampai tahap teruk lagi. Tapi, beberapa hari sebelum raya keadaan kulitnya mula berubah.

“Sampailah raya pertama, air bisa mula keluar dan menitik bersama darah dan nanah. Hinggakan nak duduk pun kena lapik dengan kain.

“Setiap hari kami akan tukar kain lapik termasuk selimut yang dibasahi air bisa.”

64486905 2346452885600903 5280759086109949952 N
Sumber: facebook

Namun menurut ibu ini, beberapa hari kebelakangan ini penyakit anaknya mulai berkurang selepas mengambil ubat homeopati dari sebuah klinik di Jeniang.

Kalau korang nak tahu, pendapatan keluarga ni ditanggung sepenuhnya oleh bapa Hana Humaira, Abdul Rahim. Dia juga perlu menanggung dua anaknya yang masih bersekolah berumur 7 dan 11 tahun.

Jadi, kedua ibu bapa ini ingin memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk meringankan beban mereka dengan memberikan bantuan melalui akaun Maybank 152050022262 atas nama Zainab Othman atau korang boleh hubungi keluarga ini di nombor 011-29597195 atau 013-4315537.

Allahu, kesian betul tengok keadaan kaki adik Hana Humaira ini. Admin doakan moga adik Hana cepat sembuh dan dapat bermain seperti sediakala. Amin.

 

Baca: Doktor Terkejut Bila Jumpa ‘Benda Lembut Yang Bersarang’ Dalam Bibir Pesakit, Rupanya ‘Ulat Sampah’ Hinggap Gara-gara…

Screenshot 2019 06 17 At 5.32.45 Pm