in

Gara-gara Sental Bihun Kering Melekat Masa Basuh Pinggan, Wanita Terseksa Kuku Bernanah

Ft Kuku Bernanah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah “malang tak berbau” segala perkara yang kita buat pasti boleh mengundang bahaya, biarlah apa yang kita buat tu selamat sekali pun.

Misalnya kalau nak cuci pinggan, kemalangan tetap boleh berlaku walaupun tiada perkakas tajam yang perlu dibasuh, misalnya apa yang berlaku dekat pengguna TikTok ini dimana bihun yang dah kering dan keras termasuk dalam isi kukunya dan susah nak keluar.


 

Bihun tersumbat masuk isi kuku

Kejadian itu berlaku ketika dia mahu basuh pinggan selepas bersahur

“Semalam berbuka bakso (bihun), Bihun yang dah direbus tu letak dalam mangkuk. Keesokannya dia jadi kering keras.”

Katanya lagi, disebabkan itu, bihun tersebut melekat dekat permukaan mangkuk, dengan tanpa fikir panjang, teruslah menyental dengan kuat dan pantas tiba-tiba dia rasa ada benda tercucuk di jarinya

Sedar bahawa ia adalah bihun, dia cuba rendam jarinya itu kedalam air suam dengan harapan bihun tersebut akan kembang, tapi ternyata ia tak membawa apa-apa kesan pun.

@bycikshaaa

CERITA BULAN RAMADHAN 🥹 kalau laju pause tau #fyp

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Lama kelamaan sakitnya jadi makin teruk, dia cuba pergi ke 3 klinik tapi semuanya penuh, namun dia berjaya mendapatkan rawatan di klinik keempat. Walaubagaimanapun, doktor menyatakan bahawa tiada cara lain, perlu ke hospital.

@bycikshaaa

Maaf sy xdpt nak reply comment 🥲 tak sangka blow up hmm nah full story tau 😘 saya okk saya budak baik 😆 #fyp

♬ noel.smt – Noel

“Pergila hospital tunggu 5 jam Xray, menunggu, kemudian doktor bagi 2 pilihan.
1 Cabut kuku
2 Tahan sikit dia nak cucuk 3 bius kat jari, jadi pilih nombor 2.

Dia korek-korek darah mengalir tapi nasib tak rasa, pastu dia ambil jarum yang keluar air dia cucuk kat dalam bagi bihun tu keluar sendiri.”

Selepas berjaya dikeluarkan, wanita ini akui bahawa rasa lega namun masih ada saki baki kesakitan dan nanah dalam kuku.

 

Kena hati-hati, basuh pinggan pakai glove – Netizen

Video tersebut telah meraih lebih daripada 800K jumlah tontonan dan ia membuka mata netizen untuk sentiasa berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga.

Bihun Bihun2

Apa yang terjadi ini membuatkan kita terfikir bahawa kemalangan boleh berlaku dimana sahaja, kadang-kadang kita rasa perkara tu tak bahaya pun tapi boleh bawa padah, apa yang jadi ni memang tak terfikir langsung, cuma kita perlu jadikan ikhtibar untuk sentiasa berhati-hati di dapur.

Baca : Niat Nak Sebar Info Bihun Palsu, Sekali Wanita Dituduh Tak Pernah Masuk Dapur

Cover 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.