in

Tular Surat Layang Tentang Isu Gangguan Seksual Di HRPB Ipoh, Jabatan Kesihatan Negeri Perak Keluar Kenyataan Rasmi

F3 Hospital Raja Permaisuri Bainun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular tentang penemuan surat layang yang ditemui di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh di mana surat layang itu mendedahkan tentang isu gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang doktor senior yang berkhidmat di hospital tersebut kepada doktor-doktor HO di hospital yang sama.

12
Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, surat layang yang mendedahkan tentang isu gangguan seksual tersebut telah ditujukan kepada pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun agar tindakan lanjut akan diambil.


11

Dalam surat layang tersebut, mangsa-mangsa gangguan seksual tersebut turut mendedahkan bahawa doktor yang melakukan gangguan seksual itu sering mengganggu tugasan doktor-doktor yang menjadi mangsa.

Doktor berkenaan juga dikatakan telah mengugut doktor-doktor housemen berkenaan untuk memanjangkan tempoh tagging dan latihan mereka walaupun tidak diberi kuasa untuk mengawasi mereka.

Doktor tersebut juga didakwa menggunakan taktik itu untuk menakutkan mangsa dan menggunakan kesempatan itu untuk menganggu doktor housemen perempuan secara seksual.

Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Dicabul 50 Lelaki Ketika Berjalan Di KL, Polis Minta Wanita ‘Mat Salleh’ Buat Laporan

Artikel Berkaitan: “Hari-hari ajak keluar” – Caprice Dedah Kes ‘Lecturer’ Gatal Ganggu Pelajar

Isu surat layang yang mengadu tentang isu gangguan seksual di hospital tersebut telah mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pihak KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak tengah hari tadi mengesahkan bahawa pihak mereka telah menerima surat layang tersebut melalui pos pada Khamis, 28 Februari lalu.

Pihak JKN Perak kemudiannya telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas pada 29 Februari yang dianggotai daripada pegawai-pegawai yang turut dilantk oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM.

Kes tersebut kini sedang disiasat dengan pengumpulan bukti-bukti.

Sumber:, KKM

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.