in

Tular Rakaman Lelaki Pangku Bayi di Paha & Beri Minum Arak Dari Tin, Undang Kemarahan Banyak Pihak

Ft Babyliquor

Sebuah rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki memberikan minuman tin dipercayai arak kepada seorang bayi dan telah mengundang kemarahan banyak pihak.

Menurut Awani, video tersebut berdurasi 30 saat dan lelaki berkenaan dilihat memangku bayi terbabit serta memberinya minuman keras tersebut terus dari tin yang tertera jenama arak tersebut.

Disebakan itu, Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel berkata pihaknya telah membuat satu laporan polis di Perai selepas menonton kiriman video terbabit. Menurut NST, insiden itu dipercayai di sebuah flat di Teluk Bahang, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Liquor

Tidak dapat dipastikan umur bayi terbabit namun kata David laporan itu dibuat supaya pihak polis menjalankan siasatan terhadap pelaku serta mengambil tindakan lanjut dan sewajarnya mengikut undang-undang.

Perbuatan terkutuk ini harus dihentikan dan bayi tersebut juga perlu dijauhkan daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.”

Selain itu, NGO terbabit dikatakan turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan segera agar pemeriksaan dan ujian darah dilakukan terhadap bayi itu untuk memastikan dia tidak terdedah dengan kandungan alkohol.

Baca: “Siap gelak tengok budak tu mabuk” – [VIDEO] Lelaki PAKSA Budak 4 Tahun Minum Arak Sampai Terhuyung-hayang

Drinkk

Sumber: NST