Niat nak habiskan perlumbaan sampai ke garisan penamat akhirnya mengundang kecaman apabila seorang atlet Australia tetap meneruskan saingan meskipun berdepan insiden memalukan di tengah-tengah perlumbaan.
Joanna Wietrzyk, 24, bukan sahaja meneruskan perlumbaan seperti biasa, malah berjaya menamatkan saingan di tempat pertama dalam pertandingan kecergasan HYROX di Beijing pada minggu lalu.
Susulan kontroversi berkenaan, Joanna tampil memohon maaf secara terbuka dan mengumumkan penarikan semula kemenangannya.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya, Joanna mengakui bahawa dia sepatutnya membuat keputusan berbeza dan meninggalkan perlumbaan ketika kejadian berlaku.
“Saya ingin menyampaikan permohonan maaf yang tulus kepada rakyat China, rakan-rakan pesaing saya, penonton dan penganjur Hyrox atas apa yang berlaku ketika perlumbaan di Beijing.
“Apabila melihat kembali kejadian itu, saya kesal kerana tidak keluar daripada trek. Saya sedar bahawa saya sepatutnya membuat keputusan yang berbeza,” katanya.
Joanna turut menjelaskan bahawa dirinya berada dalam keadaan sihat sebelum perlumbaan bermula dan langsung tidak menjangkakan masalah kesihatan berkenaan akan berlaku.
Artikel berkatian: Tular Video Atlet Terc*rit, HYROX Keluarkan Kenyataan Akan ‘Banned’ Individu Yang Melampaui Batas
Artikel berkaitan: Hyrox Mohon Maaf Biarkan Atlet Terus Berlumba Walaupun Dah Terc*rit
Katanya, selepas mempertimbangkan semula perkara itu, dia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada perlumbaan tersebut secara retrospektif dan melepaskan mata yang diperolehnya.
“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan untuk meneruskan perlumbaan dan amat kesal atas rasa tidak selesa serta gangguan yang saya timbulkan.
“Saya belajar daripada pengalaman ini, termasuk mengingati bahawa kehidupan ini lebih daripada sekadar perlumbaan serta mengetahui bila masa yang tepat untuk berundur,” tulisnya.
View this post on Instagram
Buat masa ini, Joanna mengambil keputusan untuk berehat, bermuhasabah dan menghabiskan masa bersama keluarga jauh daripada segala kekecohan yang tercetus di media sosial.
Sumber: Instagram
