Nama pemain tonggak Selangor FC, Faisal Halim kembali menjadi perhatian susulan penularan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), yang dipercayai berkaitan dengan kejadian simbah asid yang menimpa pemain itu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh OneFootball, kelihatan sosok seperti Faisal Halim sedang berjalan menuju ke arah kenderaan yang dinaikinya bersama isteri.
Dalam video berdurasi 50 saat itu, kelihatan lelaki yang memaki topi dan menutup muka mengekori Faisal dari belakang lalu bertindak menyimbah cecair ke tubuhnya sebelum membonceng motor rakan yang sedang menunggu di tepi jalan untuk melarikan diri.
Sejurus selepas terkena cecair yang dipercayai asid, Faisal terus berlari menyelamatkan diri manakala seorang wanita dipercayai isterinya cuba mengejar pelaku tersebut yang menaiki motosikal bersama rakannya.
Artikel berkaitan: Pelaku Guna Asid Sulfurik Pekat Punca Faisal Halim Melecur Tahap 4
Artikel berkaitan: “Kenapa mereka buat saya begini?” – Faisal Halim Melecur Tahap Empat, Kini Ditempatkan Di ICU
CCTV Faisal Halim disimbah asid ! pic.twitter.com/XaaIv1Oplo
— Onefootball.my (@OnefootballM) May 23, 2024
Video tak sama dengan kronologi?
Bagaimanapun, netizen mempersoalkan kesahihan sama ada ia CCTV insiden membabitkan Faisal ataupun sebaliknya.
Rata-rata netizen menyatakan rakaman yang tersebar dengan kronologi kejadian yang dikeluarkan Harian Metro sebelum ini ada sedikit perbezaan.
Dalam kronologi sebelum ini, Faisal dikatakan masuk di dalam kenderaan jenis Toyota Vellfire sebelum disimbah asid tetapi video yang tersebar ini menunjukkan kenderaan yang berbeza.
Namun, ada yang mendakwa sosok tubuh individu di dalam video tersebut sama seperti pemain skuad kebangsaan itu.
Setakat ini, kita masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa tentang video terbabit.
Sumber: X