in

Tular Kes Buli, Individu Dakwa ‘Project High Council’ Beri Pengaruh Negatif Kepada Remaja

Project High Council

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh apabila sebuah video yang memaparkan kejadian buli melibatkan pelajar sekolah tular di medial sosial. Hasil siasatan mendapati kejadian buli beramai-ramai itu melibatkan beberapa pelajar dari SMK Taman Melawati.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku disebabkan perselisihan faham di antara mangsa yang didakwa tidak menghormati sekumpulan pelajar senior di tingkatan lima. Lima pelajar telah ditahan untuk diambil keterangan oleh pihak polis.


Pukul Pelajar

Drama seperti Project High Council jadi punca?

Melihatkan kejadian buli yang terjadi ini, seorang individu di media sosial mendakwa drama-drama yang memaparkan keganasan dalam kalangan pelajar memberi kesan buruk kepada pelajar di Malaysia.

Individu tersebut mengambil contoh drama Project High Council (PHC) yang memaparkan banyak babak pergaduhan melibatkan pelajar sekolah. Seperti yang kita tahu, PHC memaparkan plot di mana para pelajar perlu bergaduh untuk menjadi ‘Kapla’ iaitu ketua di situ.

Jelas individu ini, ia memberi kesan negatif kepada remaja yang terpengaruh dengan mahu menjadi ‘Kapla’ di sekolah mereka juga.

“Percaya atau tidak, Project High Council beri kesan negatif kepada remaja zaman sekarang. Semua orang nak jadi Kapla”, tulis individu tersebut.

Project High Council

Warganet sangkal dakwaan tersebut

Bagaimanapun, kenyataan tersebut ternyata disangkal ramai warganet yang kurang bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh individu tersebut.

Rata-ratanya berpendapat kejadian buli melibatkan pelajar sekolah sudah lama berlaku di Malaysia, cuma ia tidak didedahkan sepenuhnya kepada orang ramai. J

adi, ia bukanlah perkara baharu di Malaysia atau berlaku disebabkan oleh drama di televisyen.

“Tak setuju. PHC tu hanya tunjuk realiti yang jadi pada hari ini. Benda ni memang dah berlaku dari dulu, tak payah nak salahkan drama,” tulis seorang individu.

Selain itu, ada juga yang mengatakan PHC hanya memaparkan realiti sebenar kejadian buli yang berlaku di sebuah sekolah ternama di Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Jadi, meletakkan punca kejadian buli kepada drama PHC adalah tidak berasas sama sekali.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

BACA: Kes Buli Di Pangkalan Udara Kuantan, Polis Sahkan 4 Lagi Pelatih Dakwa Dipukul

Capture 3

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.