in

Tular Isu Lelaki Ditarik Keluar Kereta Oleh Sekumpulan Pemuda Bermotor, Ini Penjelasan Pemilik Video

Page1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni dah banyak kita lihat aksi pergaduhan dirakam dan ditularkan di media sosial sebagai bahan hiburan atau sekadar pengisian untuk meraih perhatian orang ramai.


Baru-baru ini, tular video seorang lelaki bertopi putih ditarik keluar dari kereta oleh sekumpulan pemuda bermotor secara kasar. Video berdurasi enam saat ini dikongsi di laman Tiktok @akim.jp.

@akim.jp

Pakwe kau hensem pernah kena pegang tak dngn mat rempit sebab bawak awek orang naik HONDA ?

♬ original sound – akim.rots – akim.rots

Walaupun durasi video itu agak pendek, namun kita dapat lihat dengan jelas bahawa lelaki-lelaki yang masih memakai topi keledar itu sememangnya bertujuan mencetuskan pergaduhan di tengah jalan raya. Aduh… sabar bang, jangan gaduh-gaduh…

Melalui kapsyen yang ditulis pemilik video, kejadian tersebut dikatakan berkait dengan hal wanita. Ini menimbulkan spekulasi bahawa lelaki bertopi putih itu membawa pasangan salah seorang dari pemuda bermotor tersebut.

Ini menyebabkan netizen mula memberi pendapat masing-masing di ruangan komen. Ada yang mula menyalahkan wanita kerana memilih yang berkereta. Ada juga yang sekadar menanti episod seterusnya dari pergaduhan itu.

X 4 Z 4C 5

Namun, setelah menerima ribuan komen dari netizen yang meminta sambungan kepada video ini, pemilik akaun Tiktok itu akhirnya tampil dengan penjelasan sebenar menggunakan video lain.

@akim.jp

Reply to @mugisenpaimx Rase serba salah pulak,, Soryy doh korang ? Senyum sikit ? Kita happy2 malam ni layan drama ?

♬ original sound – akim.rots – akim.rots

Rupa-rupanya, pergaduhan tersebut hanyalah sebahagian daripada adegan video pendek terbitan produksi tempatan. Walaupun video pendek tersebut telah disiar sebelum ini, namun adegan itu mungkin pertama kali dilihat oleh kebanyakkan orang. Lah… bukan isu lelaki atau perempuan pun rupanya…

Rata-rata netizen mengeluh setelah menyangka klip pergaduhan tersebut merupakan klip sebenar dan bukannya lakonan. Alahai… habis satu Tiktok kena scam dengan abang ni.

V 4B 5

Ada juga yang terhibur dengan klip pendek itu dan memuji lakonan mereka yang nampak real.

N 2

Min yakin ramai yang stress dapat tahu video itu sebenarnya lakonan, kan? Tak apalah, kan tak baik gaduh-gaduh? Lebih baik kita aman-aman saja, okay?

BACA: Terhibur Cara Kawan ‘Jaga’ Waktu Sakit, Ramai Doakan Persahabatan Kekal Sampai Bila-Bila

Capture 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.