Perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 yang berlangsung semalam menyaksikan ribuan peminat bola sepak tanah air yang datang dari pelbagai negeri memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil demi memberi sokongan buat pasukan masing-masing.
Pun begitu, keriuhan di stadium tersebut telah menjadi perbualan netizen apabila kebanyakan pengunjung yang hadir dilihat tidak begitu mematuhi SOP dan duduk rapat ketika di dalam stadium. Boleh ke macam tu eh?
“Saf dirapatkan sebagaimana penyokong bola sepak boleh duduk rapat-rapat”
Perkara tersebut juga mendapat perhatian pendakwah bebas, Firdaus Wong yang berharap saf di surau dan masjid dapat dirapatkan sepertimana yang berlaku di dalam stadium.
https://www.instagram.com/p/CW6yNITv4_b/?utm_medium=copy_link
Saya berharap agar surau dan masjid dapat diimarahkan, saf dirapatkan sebagaimana penyokong bola sepak boleh duduk rapat-rapat, penumpang bas dan penumpang kapal terbang boleh duduk sebelah menyebelah.
“Rindu suasana begitu. Para alim ulamak lebih tahu fiqh keutamaan. Saya yang marhaen hanya kongsikan suara hati diri ini,” tulisnya.
“Setuju, SOP masjid terlalu ketat dibandingkan SOP ke stadium”
Ramai di bahagian komen menyokong posting Firdaus dengan mengatakan mereka juga rindu untuk solat seperti waktu sebelum zaman pandemik dahulu.
Malah ada juga yang berharap pihak yang bertanggungjawab untuk kaji semula SOP yang sesuai buat masjid dan surau.
Harapnya pihak yang bertanggungjawab bolehlah kemaskini semula SOP buat masjid dan surau. Apapun sebaiknya kita tunggu kata mereka yang lebih berpengetahuan mengenai isu ini.
Baca: Kes Langgar SOP di Nilai, Neelofa & PU Riz Dilepaskan Tanpa Dibebaskan