in

Tular Desas-Desus eCurve Damansara Bakal Henti Operasi 31 Mac Ini, Betul Ke?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Damansara boleh dikatakan sebagai lubuk untuk membeli-belah. Mana tidaknya, Damansara dipenuhi dengan banyak pusat beli-belah yang menarik seperti IKEA, One Utama, Tropicana City Mall dan eCurve.


Terbaharu, tular satu desas-desus berkenaan pusat beli belah di Damansara, eCurve yang mungkin akan membuatkan anda terkenang masa lalu.

Menurut Facebook Malaysia Shopping Mall, eCurve dilapor bakal menghentikan operasi sepenuhnya pada 31 Mac ini. Berita ini pasti mengejutkan buat mereka yang gemar untuk singgah di eCurve pada masa lapang.

Info provided by mall tenant:So shocked after receiving verbal notice from E curve management that this mall going to…

Posted by Malaysia Shopping Mall on Saturday, February 27, 2021

“Semoga penyewa dan pemilik premis bertabah, keadaan getir seperti ini tidak kekal lama, mari kita bersatu dan berjuang melawan”, tulis Malaysia Shopping Mall menerusi hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, kesahihan info ini masih belum dipastikan oleh pihak eCurve sendiri. Menurut sumber, berita penutupan eCurve ini dikongsikan sendiri oleh penyewa premis.

Untuk rekod, pihak Lobak Merah sudah pun bertanyakan kesahihan info ini kepada pihak pusat beli-belah eCurve, namun masih belum mendapat sebarang jawapan.

Apa memori anda di eCurve? Kongsikan di ruangan komen!

 

BACA“Terbaik!” – Pusat Beli Belah One Utama Taja ‘Swab Test’ RM1.5 Juta Kepada Lebih 6000 Pekerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.