in

Tular Dakwaan Kad ‘Appointment’ Klinik Tertera Tulisan Cina, Ini Respon KKM

Kad Janji Temu Tulisan Cina Kkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengguna media sosial mendakwa ada penggunaan tulisan Cina pada kad janji temu klinik kesihatan.

Menerusi video yang dimuat naik itu, dipaparkan kad janji temu pesakit tertera dalam tulisan Cina dan dipercayai kejadian itu berlaku di Klinik Kesihatan Sri Rampai, Kuala Lumpur.


Perkongsian itu meraih perhatian ramai kerana kad janji temu pesakit kebiasaannya menggunakan bahasa Melayu kerana ia di bawah perkhidmatan kerajaan.

KKM akan ambil tindakan

Susulan isu itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberi respon bahawa pihaknya sedang menyemak serta akan mengambil tindakan terhadap dakwaan terbabit.

“Terima kasih kerana mengetengahkan isu ini, pihak kami sedang menyemak dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata KKM ringkas di laman Threads.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: “Tak perlu panik” – KKM Jelaskan Isu Virus Kapal Persiaran, Dedah Status Terkini 2 Kru Singapura

Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Papan Tanda Hotel Di Sabah Guna Bahasa Asing, Pihak Hotel Tampil Beri Respon

Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan ia bukanlah isu besar dan tidak perlu dipolitikkan kerana kad janji temu tersebut ada juga dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Screenshot 2026 05 19 171332 Screenshot 2026 05 19 171343

KEMASKINI

Dalam perkembangan terkini, KKM dalam satu kenyataan berkata dalam kes berkenaan telah berlaku kesilapan pemberian kad berlainan bahasa kepada penjaga pesakit yang tidak disengajakan.

Bagaimanapun, penerangan berkaitan rawatan dan pemantauan telah diberikan oleh pegawai perubatan kepada pesakit dalam bahasa Melayu, termasuk catatan bertulis pada kad tersebut.

702590159 1403303641831635 2084889720001935499 N

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.