in

Tular Berita Konon Ina Naim Akan Berkahwin, Isman Hijjaz Nafi Jadi Calon Suami

Ina Naim Bukan Isman Hijjaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, tular berita berkenaan balu kepada penyanyi nasyid terkenal, arwah Suhaimi Saad iaitu Ina Naim yang dikatakan bakal bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga berstatus artis nasyid.

Ia susulan dakwaan kad jemputan perkahwinan dikatakan sudah diedar di kampung Nordiana Mohd Naim, 40 di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.


Akibat desas-desus ini, ada yang mendakwa anggota Hijjaz, Isman Nadim Isam merupakan lelaki yang bakal menikahi Ina Naim.

Isman

Artikel berkaitan: Ina Naim Tunai Hasrat Arwah Suami Buka Kedai Dobi, Minta Jangan Ungkit Kisah Lama

Artikel berkaitan: “Saya tahu suami tenang di sana” – Ina Naim Kenang Memori Khatam Al-Quran Dengan Arwah Suami

Isman Hijjaz nafi kahwini Ina 

Isman Hijjaz ketika dihubungi media telah menafikan dakwaan itu dan mengatakan dia tidak ada kena mengena langsung dengan cerita perkahwinan itu serta amat terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai calon suami baharu, Ina Naim.

Demi Allah, saya tak tahu (Ina akan kahwin). Serius saya memang tak tahu. Tiba-tiba nama saya pula dikaitkan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia memang rapat dengan Ina dan keluarganya namun tidaklah sehingga mengaitkannya dengan perkahwinan dengan balu Suhaimi Saad itu.

Saya amat terkejut dengan cerita ini. Tak tahu dan tak ada kena-mengena dengan saya (cerita perkahwinan). Ina pun dah saya anggap macam adik. Demi Allah, individu itu bukan saya. Saya langsung tak tahu fasal benda ini yang tiba-tiba nama saya disebutkan.

“Memanglah saya baik dengan Ina, tak dinafikan. Saya baik bukan saja dengan Ina seorang, tetapi rapat juga dengan kedua-dua ibu bapanya juga. Malah, keluarga saya sendiri pun baik dengan Ina.

“Tapi baiknya saya dengan Ina, janganlah sampai nak kaitkan saya dengan perkahwinan bersamanya. Malah, kalau kata kad kahwin sudah diedarkan, mestilah tahu juga nama bakal pengantin lelaki dan tarikh majlis berlangsung,” katanya.

Biodata Ina Naim Isteri Penyanyi Suhaimi Saad 3

Menurut Isman, dia sendiri merasakan cerita perkahwinan ini adalah tidak berasas dan kurang manis juga untuk diperkatakan kerana Ina seorang balu dan Suhaimi juga baru sahaja meninggal dunia tidak sampai setahun yang lalu.

Terdahulu, Ina Naim telah berkahwin dengan arwah Suhaimi, 43, pada 12 Ogos 2007 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Namun Suhaimi kemudian meninggal dunia pada 15 November 2023 lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat Ina dan anak-anaknya ya… 

Sumber: Harian Metro

Sumber: HM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.