in

“Tukar lah hobi tu musim hujan macam ni” – Dua Lelaki Cedera Jatuh Gaung Ketika Mendaki Di Kawasan Air Terjun

Ft Gaung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mengisi masa lapang, setiap individu mempunyai cara dan hobi yang berbeza.


Antaranya hiking, aktiviti sukan lasak yang tidak asing lagi di negara kita. 

Tapi, kita semua sedia maklum bahawa hiking ada risikonya yang tersendiri seperti boleh menyebabkan sesat atau paling parah, kemalangan dalam hutan!

Kejadian ini berlaku kepada dua orang pendaki, dikenali sebagai Mohamad Shafiq Sahit, 32, dan Ibrahim P Mosar, 38 ketika melakukan pendakian di kawasan Air Terjun dekat Gunung Pulai, semalam.

Capture 2 1

 

Mereka dikatakan jatuh ke dalam gaung berhampiran air terjun itu, namun mereka bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan lapor Harian Metro

Bagaimanapun, kecederaan yang dialami kedua-dua mangsa memberi kesan kepada bahagian fizikal.

“Mohamad Syafiq patah kaki kiri serta luka di tangan dan muka, manakala Ibrahim pula cedera di kepala, pinggang, kaki kiri dan luka badan.

“Mangsa dihantar Hospital Kulai untuk tindakan selanjutnya,” – Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainudin

Capture 1 2

Min faham aktiviti lasak ni seronok, tapi jangan sampai memakan diri sendiri. Min harap kedua-dua mangsa pulih sepenuhnya…

 

Baca : “Sebelum ni pernah bagi amaran – Gadis Cedera Terhempas Atas Batu, Pengusaha Sukan ‘Rope Swing’ Rupanya Tiada Lesen

Capture 8

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.