in

“Sebelum ni pernah bagi amaran” – Gadis Cedera Terhempas Atas Batu, Pengusaha Sukan ‘Rope Swing’ Rupanya Tiada Lesen

B5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 27 September lalu, kita dikejutkan dengan berita seorang gadis yang cederah parah selepas terhempas ke batu dan terjatuh ke dalam sungai sewaktu melakukan aktiviti ‘Rope Swing’ di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Siti Halijah Abd Rahim, 33 dikhabarkan patah tulang belakang akibat terjatuh dari ketinggian 10 meter kerana berlaku masalah teknikal pada kabel.


Kakak 1 120240790 3957709974257830 8431633139283332179 N

 

Tiada lesen, pernah beri amaran tapi tidak dipeduli

Terkini, menerusi laporan Selangor Kini, pengusaha sukan Rope Swing tersebut tidak memiliki lesen yang sah untuk menganjurkan aktiviti tersebut. Haa biar betul?

Perkara ini dimaklumkan sendiri melalui EXCO Sukan Selangor, Mohd Khairudddin Othman. Beliau mengatakan pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan lesen kepada penganjur untuk menjalankan aktiviti berkenaan sejak 2017.

B 2

“Mereka pernah mendapat amaran dari pihak polis untuk menghentikan operasi itu, tetapi gagal menurut arahan dan masih meneruskan aktiviti berkenaan sehingga berlaku kejadian yang tidak diingini,”

“Susulan kes pada minggu lalu, MDHS telah mengeluarkan notis untuk menghentikan aktiviti terbabit dan mengosongkan kawasan terbabit.”

Tambah beliau, sukan ‘Rope Swing’ ini akan dibenarkan kembali selepas pihak mereka mengkaji dan mempertimbangkan peraturan berkaitan di bawah sub program pemurnian pelancongan di Selangor.

 

Alahai takde lesen rupanya. Korang lepas ni kalau nak join mana-mana aktivti lasak pastikan check dulu pengusaha ada lesen ke tak. Benda libatkan nyawa ni jangan buat main-main.

Baca: “Saya tunaikan hajat dia” – Gadis Sempat Jerit ‘Best Gila’ Sebelum Terhempas Atas Batu Semasa Main ‘Rope Swing’ di Kuala Kubu Bharu

Rope Swing

Sumber: mStar
Sumber: Facebook
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.