in

“Tukar gender macam tukar baju” – Safiey Illyas Buka Lembaran Baru, Muat Naik Gambar Menyerupai Wanita Kembali?

Feature Image Safiwy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni, pernah tular dekat laman media sosial mengenai seorang usahawan kosmetik yang berazam untuk kembali semula ke fitrah asalnya. Netizen juga mendoakan yang terbaik buat dirinya supaya dia terus beristiqamah dan konsisten.


Namun, baru-baru ni, usahawan yang lebih di kenali sebagai Safiey Illyas itu telah memuat naik gambar dirinya menyerupai seorang wanita dan ia seperti dirinya yang dahulu di laman Instagram.

View this post on Instagram

Ramai yg inginkan diri ini jatuh , down dan teruk . Hiraukan segala kata manusia dan bangkit dengan 1001 semangat luar biasa . 2020 . Adalah tahun untuk terus maju dan bangkit dan hiraukan segala kata2 manusia . Hanya diri ini yg kenal diri sendiri . Saat kita sedih , tak semua orang faham . Bismillah . . . Buka lembaran baru ! Kurangkan rakan x berfaedah . Sedikit selfish namun terus berbisnes untuk membantu org yang memerlukan . Hargailah diri sendiri . Pokok pangkal diri sendiri yang harus kuat semangat dan sayang pada diri sendiri . Walau ramai membenci , letakkan diri sendiri dengan prinsip yg utuh . . . Empayar yang hampir jatuh , namun bangkit membina empayar baru yg lebih padu ! . . HIDUP INI BUKAN TENTANG DIRI SENDIRI TETAPI TENTANG ORANG ORG LAIN . . . Doakan saya ! Tiada lagi video2 badut , tiada lagi video2 kontroversi . Cuma menonjolkan nilai2 baik kepada masyarakat . Tegur saya jika saya keterlaluan . . . #dsiempire #safieycosmetics #auroraTAB #syintagila

A post shared by SOFEA ESTETIK GLOBAL (@safieyillias94) on

Dalam gambar tersebut, Safiey ada menjelaskan bahawa dia ingin bangkit dalam perniagaannya kerana dipercayai telah dikhianati dan ramai yang ingin melihatnya jatuh.

Hiraukan segala kata manusia dan bangkit dengan 1001 semangat luar biasa. 2020 adalah tahun untuk terus maju dan bangkit dan hiraukan segala kata-kata manusia.”

Dalam posting itu juga Safiey turut mengatakan bahawa dia tidak akan lagi membuat sebarang video yang boleh membuatkan dirinya kelihatan seperti badut dan menjadi hinaan orang ramai. Namun apa yang menjadi sasaran utamanya adalah perniagaannya sahaja.

Safiey juga ada menjelaskan bahwa dia telah ditipu dan dikhianati oleh personal assistant (pa) dan juga staf.

“Disebabkan PA dan staff sales bawak lari telefon, Cuma pulangkan sim kad, dengan kereta company yang rosak .”

“Masa nak guna merc nak pergi melepak, boleh pulak main suka hati guna. Tu harta syarikat bukan harta awak.” Katanya.

View this post on Instagram

Disebabkan PA dan staff sales bawak lari telefon . Cuma pulangkan sim kad . Dengan kereta company yg rosak . Masa nk guna merc nk g melepak , boleh pulak main suka hati guna . Tu harta syarikat bukan harta awk . Tp xpe , semua kan pengajaran . Now kita dpt lihat yg betul2 iklhas bekerja atau ada niat cuma ingin menempek kejaayaan . Maafkan je . Ada rezeki dkt tmpt lain . Terpaksa beli iphone 11 pro baru . Alah , dlu saya sendiri balas mesej customer 1-1 . Xpenah ada staff pun . Bisnes pun drpd rumah selama 4 tahun . Harapkan pagar , pagar makan apa tak tahu . . . Ignore . Move on . Jalan terus . Akan ku balas dendam ini dengan kejayaan2 baru . Ni makin smgt ni ! Smgt nk buktikan boleh berjaya dengan berdiri atas kaki sendiri . . . Bismillah . . . #dsiempire #safieycosmetics #auroraTAB #syintagila

A post shared by SOFEA ESTETIK GLOBAL (@safieyillias94) on

Namun begitu, selepas memuat naik gambarnya yang menyerupai wanita kembali, ada netizen berasa geram dan berpendapat bahawa Safiey seperti mempermainkan agama.

“Omg jadi girl balik ke?”

As 1
Sumber: instagram

 

D
Sumber: instagram

 

F
Sumber: instagram

 

K 1
Sumber: instagram

 

L 1
Sumber: instagram

Admin sendiri pun tak pasti sama ada Safiey memang nak berubah semula menyerupai wanita atau pun tidak, mungkin dia cuma throwback gambar je? Kita doakan yang baik-baik sudah la.

 

Baca: “Jangan fie, ingat Allah” – Muat Naik Gambar Berimej Wanita, Netizen Syak Safiey Illias Beri ‘Hint’ Kembali Perangai Lama?

Sss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.