in

Tukang Urut Warganegara Thailand Dirogol Pegawai Imigresen Malaysia di Pusat Tahanan

Rape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 7 Mac 2017, seorang wanita warganegara Thailand terpaksa melalui pengalaman ngeri apabila dirogol seorang pegawai imigresen!


Wanita berusia 32 tahun itu merupakan seorang tukang urut yang bekerja di sebuah pusat mengurut terletak di Melaka. Pada hari kejadian malang tersebut, adik perempuannya berusia 28 tahun bersama seorang rakan mahu melawatnya malam itu.

Rape1
sumber: nst

Namun tanpa disangka, jabatan imigresen telah melakukan serbuan di pusat berkenaan kira-kira jam 11 malam dan keadaan kemudian menjadi lebih teruk selepas itu.

Dua beradik itu bersama tiga orang lagi pekerja wanita telah dikumpulkan oleh pegawai dan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo di Alor Gajah keesokan harinya.

[sociallocker id=”1666″]

Di pusat tahanan itulah wanita berkenaan mendakwa bahawa salah seorang pegawai imigresen telah melakukan gangguan seksual padanya.

Ketika sidang media, adik wanita berkenaan memberitahu media tentang insiden malang yang terjadi itu.

Keterangan kami diambil berasingan. Kakak saya adalah orang pertama yang dipanggil masuk ke bilik soal siasat. Dia berada di dalam bilik itu selama 15 minit dan ketika keluar, dia kelihatan marah.

Ketika saya bertanya mengapa, dia memberitahu bahawa dia telah diserang secara seksual.” katanya.

Rupa-rupanya, pegawai itu telah meminta wanita berkenaan untuk mengurut badannya sebelum memintanya untuk melakukan seks oral dan merogolnya tanpa menggunakan kondom, lapor New Straits Times.

Https://S-Media-Cache-Ak0.Pinimg.com/Originals/93/8B/72/938B726B284Cd8C51Aec7B68Bf92E4D1.Gif

Menurut adiknya lagi, wanita itu muntah sebaik sahaja diperlakukan sebegitu. Dia kemudian dibebaskan selepas menunjukkan bukti dia mempunyai dokumen yang sah.

Adik wanita itu juga seorang isteri kepada lelaki yang berasal dari Seremban yang ternyata marah dengan jenayah kejam dilakukan oleh seorang lelaki yang memegang jawatan ‘penguatkuasa undang-undang’ kepada kakaknya.

[/sociallocker]

Mereka kemudian membuat laporan polis dan Jabatan Imigresen Negeri dilaporkan sedang menjalankan siasatan mengenai kes ini.

Rape2
sumber: nst

Kalau nak diikutkan, mereka adalah pegawai yang ditanggungjawabkan membendung jenayah, tetapi sebaliknya mereka yang melakukan jenayah sebegitu. Ish Malunya!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.