Video yang memaparkan seorang bapa dalam keadaan tidak bermaya mencari anaknya yang hilang dalam insiden tanah runtuh di Sibolga, Sumatera Utara, Indonesia membuatkan ramai berasa sebak.
Dalam video pendek dirakam penduduk setempat, bapa itu kelihatan melutut di kawasan tanah merah dengan wajahnya kelihatan begitu sugul.
Sesekali air matanya jatuh dan meratapi nasib anak perempuannya yang masih belum ditemukan, dipercayai hilang sejak tiga hari lalu dalam bencana itu.
“Sudah tiga hari awak hilang. Tuhan, tolong munculkan anak saya,” kata lelaki tersebut.
Keluhan lelaki itu jelas menyentuh hati perakam video yang memujuknya untuk meninggalkan kawasan itu, namun tidak dapat mendesak kerana memahami situasi dialami.
This is heartbreaking. A father was seen kneeling and crying, desperate after his daughter went missing.
“My daughter has been gone for three days,” he sobbed in Batak Toba when asked to return home.
At least 753 people are confirmed dead.
📍Sibolga, North Sumatra, Indonesia. pic.twitter.com/VdmqOFtsKs
— Weather Monitor (@WeatherMonitors) December 2, 2025
Lelaki itu turut dinasihati untuk berehat namun dia tetap bertegas mahu berada di lokasi tersebut bagi membantu mencari anaknya dengan memeriksa setiap sudut tanah dan serpihan.
Artikel berkaitan: “Dulu pasti insan ini datang” – Rakyat Indonesia Rindu Dengan Aisar Khaled Turun Padang Hulur Bantuan
Artikel berkaitan: “Tetangga lebih perhatian” – Netizen Indonesia Berterima Kasih Malaysia Hantar Bantuan Perubatan Ke Aceh
Setakat ini, tidak dipastikan latar belakang bapa terbabit serta jumlah ahli keluarganya yang terkesan akibat bencana alam itu.
Banjir besar dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan sekitar Sumatera sudah meragut lebih 700 orang nyawa sejak bencana itu berlaku pada penghujung November lalu.
Menerusi statistik yang dikeluarkan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), dianggarkan lebih 507 mangsa masih hilang, manakala lebih 2,500 orang cedera dan 3.3 juta penduduk terjejas.
Dilaporkan, banjir dan tanah runtuh yang turut merosakkan ribuan rumah di lebih 50 daerah dan kota, menjadikan ini antara bencana paling dahsyat dalam dekad ini.
Sumber: Kosmo!, Astro Awani
