in

Tuang Air Atas Kepala Pekerja & M*ki Pramugari, Lelaki Kemboja Didakwa

syaz ft 2025 10 01T173654.547

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki bertindak kasar terhadap pramugari dalam penerbangan serta pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut laporan Utusan Malaysia, lelaki berkenaan difahamkan seorang warganegara Kemboja, dia melakukan kekasaran itu pada 28 September lalu.


Tertuduh, Lin Weida, 41, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Artikel berkaitan: “Buat ‘lawak kasar je’ dah tak relevan” –  Gangguan Di Tempat Kerja Kini Satu Jenayah

Artikel berkaitan: Ibarat Dihina Kerana Naik Kelas Ekonomi, Fasha Sandha Kecewa Dengan Sikap Pramugari

@puteri.ellysha

Flight Batik Air Malaysia dari Hong Kong – Kuala Lumpur OD606, dia mengeluarkan kata-kata kesat terhada seorang pramugari dengan niat untuk menimbulkan kemarahan dan mengganggu ketenteraman semasa penerbangan.

♬ original sound – Puteri Ellysha – Puteri Ellysha

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak sopan terhadap seorang pramugari ketika dalam penerbangan dari Hong Kong ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.20 petang.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Selain itu, tertuduh turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap pegawai keselamatan Batik Air, Sheikh Muhammad Syafiq Sh. Khalid, di bangunan satelit KLIA sekitar jam 7.50 malam.

Kesalahan tersebut dituduh mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Pun begitu, mahkamah menetapkan prosiding jatuh hukum terhadap tertuduh pada esok di hadapan Mahkamah Majistret kerana kes itu terletak di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.

 

Sumber: Utusan Malaysia, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.